Pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang TIDAK @ KURANG BERLEMAK & BERMINYAK? Benarkah?
Tahukah anda lemak adalah komponen yang sangat
penting kerana setiap sel kita yang berjumlah lebih kurang 37 trillion ini
terdiri daripada komponen LEMAK SEBAGAI DINDING?
Lemak adalah sumber
tenaga yang sangat penting untuk otak selepas glukosa dan sesetengahnya
mengatakan paling penting lebih dari glukosa. Subhanallah!
Lemak amat penting bagi memastikan badan dapat
meyerap semua vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K yang sangat
penting dalam fungsi fisiologi tubuh.
Lemak juga adalah unit asas untuk badan
kita membuat hormon dan neurotransmitter agar fungsi dan ketajaman otak akan
berlaku secara baik. MashaALLAH!
STRUKTUR OTAK ITU SENDIRI BANYAK TERDIRI DARI
LEMAK. Adakah anda SEDAR akan semua fakta ini selama ini?
Barangkali kita sudah biasa mengajar dan
mengiyakan mitos tentang lemak.
Bila melihat orang lain menghidap serangan
jantung dan stroke kita mula membayangkan tabiat makannya yang penuh makanan
berminyak.
Persoalan sebenarnya adalah bukan minyak secara
umum tetapi zaman ini kita patut mempersoalkan JENIS MINYAK YANG KITA GUNAKAN.
Minyak yang baik memberi seribu satu kebaikan
pada tubuh dan sebaliknya minyak yang buruk memberikan seribu satu kemudaratan
pada tubuh.
Dalam diet kita hari ini APAKAH SUMBER LEMAK
DAN MINYAK KITA SEHARIAN?
Ianya datang dari minyak masak yang
diproses dengan caustic soda, marjerin yang kaya dengan
‘trans-fat’ atau minyak terhidrogenisasi (hydrogenated fat), ayam yang
disuntik hormon dan vaksin, ikan yang telah diletakkan ubat dan pelbagai lagi
sumber lain yang memang pasti memudaratkan.
Jadi , BAGAIMANAKAH BADAN KITA MAMPU UNTUK
SIHAT?
Sudah tiba masanya di celah-celah kemajuan
industri dan teknologi yang membingungkan, KITA KEMBALI KEPADA ALLAH dengan
mengembalikan kehidupan kita kepada sunnatullah.
Sesungguhnya agama Islam ini sudah lengkap dan
tidak memerlukan olahan atau tambahan lagi. Ciptaan Allah itu sebenarnya sudah
sangat sesuai dengan tubuh badan manusia ciptaanNya.
Allah telah menciptakan sejenis tumbuhan yang
memang dicipta khas untuk menghasilkan minyak maka adakah minyak yang lebih
baik darinya? ITULAH MINYAK ZAITUN.
Satu-satunya minyak yang disebut dalam
Al-Quran. BEGITU SUSAHKAH KITA UNTUK MENILAI?
Bagi yang berminat untuk berfikir, marilah
bersama-sama kita teliti kandungan minyak zaitun : Asid lemak monotaktepu
(paling tinggi), bahan antioksida (hydroxytyrosol, tyrosol), bahan anti
inflamatori(oleoropein, oleocanthal), asid lemak tepu, asid lemak
politaktepu(omega 3 dan omega 6) dan banyak lagi.
Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang lemak
tepu dan menganggap ianya berbahaya, haruslah diketahui bahawa komuniti sains
sekarang ini sedang cuba membersihkan diri mereka dari dongeng lemak tepu yang
dikatakan bahaya sejak berpuluh tahun.
Lemak tepu dari unsur semulajadi adalah
bermanfaat untuk tubuh dan kekurangan lemak tepu dalam diet seharian boleh menyebabkan
banyak masalah.
Agaknya boleh disimpulkan di sini bahawa
mungkin SANTAN yang selama ini menjadi penyelamat masyarakat kita kerana itu
satu-satunya sumber lemak tepu semulajadi yang masih diamalkan dengan meluas.
Apakah akan terjadi sekiranya kita kekurangan
asid lemak dalam tubuh?
Kulit akan menjadi kering dan bersisik,
keguguran rambut, luka pada tubuh akan lambat sembuh,masalah gangguan kognitif
seperti nyanyuk dan pelupa, masalah kemurungan (depression) ,gangguan kitaran
haid, kesakitan pada sendi, masalah kesihatan mata, lemah sistem imun
untuk melawan jangkitan , lemah pada fungsi jantung ,lemah tulang dan gigi dan
masalah darah yang sukar beku.
Melihat kepada pelbagai masalah yang disebabkan
oleh kekurangan lemak dalam tubuh, tidak hairanlah sebegitu banyak masalah
kesihatan yang dapat diselesaikan dengan pengambilan pati minyak zaitun
terutamanya yang tidak ditapis , perahan sejuk dan organic (dengan izin Allah).
Minyak zaitun sebenarnya adalah makanan dan
bukannya ubat dan kepada para doktor, diharap dapat membezakan ubat dan
makanan. Makanan mempunyai struktur kimia yang kompleks yang memenuhi pelbagai
faset fungsi tubuh berbanding ‘drug’ yang hanya mempunyai molekul ringkas yang
mudah.
Jadi minyak zaitun memang patut dijadikan sebagai satu ‘kemestian’ dalam
panduan menuju gaya hidup sihat. Semestinya.
Wallahu a’lam.
Sumber: Dr Hafizah binti Amanulla (http://www.olivehouse.my/web/index.php)
IKLAN:
Kami di Bayati Olive House ada menjual pelbagai produk yang sangat baik untuk kesihatan seperti Pati Minyak Zaitun, Sari Cuka teen, Buah teen, Jus delima dan macam macam lagi.
Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami :
Puan Nur - 017 862 3537
Puan Sitti - 016 804 6544