Mak Cik: Mahu naik bas balik mana?
Saya: Puncak Alam.
Mak Cik: Oh.. Hmm. Panas betul hari ni kan. Dah macam puasa rasanya.
Saya: Haah. Tengahari macam ni terik, kalau petang hujan lah tu.
Mak Cik: Haa. Sekarang hujan lebat dah tak ikut musim, bila-bila masa saja.
Saya: Ye betul tu Makcik. Sekarang kat mana-mana je hujan. Tak kira tempat dah.
Mak Cik: Hmm. Itulah, yang sebenarnya Allah nak tunjukkan, kiamat dah nak dekat dah.
Saya tersentak. Mengalih pandang ke arah Makcik tu dan saya senyum seketika.
Saya: Hmm. Betul Mak Cik, bila dah macam ni, kiamat semakin dekat.
Mak Cik: Itulah pentingnya kita belajar agama, amalkan al-Quran, jangan tinggal ibadah. Setiap hari kena baca Al-Quran, sedikit pun jadi yang penting setiap hari jangan tinggalkan.
Saya: Yup. Biar sedikit yang penting istiqomah kan Mak Cik?
Mak Cik: Haah. Kita pun kena selalu bersedekah, tolong orang susah. Harta yang kita ada semua ni kita tak akan bawak ke kubur, semuanya akan tinggal.
Saya: Haah. Takde satupun yang kita bawak kecuali amal ibadah kita.
Mak Cik: Haah. Tapi tengoklah orang sekarang, berlumba-lumba nak kumpul harta banyak-banyak. Bagi Mak Cik cukuplah ada rumah untuk berteduh, tak payahlah nak yang besar, dan cukuplah ada makan pakai yang cukup. Sebab semuanya sementara.
Saya: Saya sokong Mak Cik. Lagipun, semakin banyak harta kita, semakin susah kita nak masuk Syurga. Allah akan tanya semua harta-harta kita tu, dari mana, kita bagi orang miskin ke tak. Semua kena tanya.
Mak Cik: Betul tu. Jadi, cukuplah sederhana. Dan dalam hidup ni, jangan lupa untuk jaga solat kita. Perkara pertama yang Allah akan tanya.
Saya: Ye Mak Cik. Solatlah paling penting untuk dijaga.
Mak Cik: Di akhirat nanti, Allah tanya solat dulu, macamana solat kita dalam kehidupan kita.
Saya: Hmm.
Mak Cik: Kita ni kalau dalam hidup, jangan panjang angan-angan. Kena selalu ingat mati. Kan?
Saya: Betul Mak Cik. Panjang angan-angan tak kan buat kita ke mana, bila ingat mati, kita akan selalu sedar.
Mak Cik: Mak Cik kalau ingat mati, dah tak rasa dunia ni. Lupa hal dunia. Risau dengan nasib kita di Akhirat nanti.
Saya: Allah...
Saya diam merenung jauh ke depan. Bermuhasabah seketika. :'(
Mak Cik: Eh. Tu bas apa tu?
Saya menjengah bas yang datang.
Mak Cik: Bas Mak Cik lah. Okaylah nak. Mak Cik pergi dulu ye.
Saya: Okay Mak Cik. Assalamualaikum. Terima Kasih Mak Cik.
Saya menyalami Mak Cik itu dan menghadiah senyuman tanda sangat-sangat Terima Kasih.
Mak Cik itu turut senyum. Saya Bahagia. :)
~Allahu Allah. Terima Kasih yang SANGAT ya Allah kerana mengirimkan Mak Cik ini untukku.
~Aku seperti merasa Mak Cik itu 'utusan' Allah untuk mengingatkan aku tentang dunia ini yang Hanya Sementara.
~Allah. Aku Mencintai Mu! :')
Sebar Bahagia~
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!