Sunday, August 12, 2012

Kongsi: Tentang Kekasihku


Nak berkongsi tentang sejarah nama kekasihku, nak baca? 

Jommm.

(Muhammad)

Siapakah yang menamakan Baginda صلى الله عليه وسلم dengan nama "Muhammad"???

✔ Abdul Muttolib; Datukanda Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Semua orang tahu kan, alhamdulillah ツ.

Asal usul diberikan nama Muhammad???

Haa, yang ini ramai yang tidak tahu. 5buah kitab sirah saya buka, hanya *1 kitab ini sahaja yang menceritakan tentangnya. Takpe, insyaAllah saya share apa yang saya telah jumpa (◕‿◕).

✔ Ketika Abdul Muttolib bermusafir ke Syam bersama 3orang sahabatnya, mereka telah bertemu dengan seorang rahib Yahudi. Rahib itu memberitahu bahawa seorang Nabi bernama Muhammad akan lahir di Mekah. Sejak itu, mereka ber4 berazam menamakan anak mereka dengan nama Muhammad. Akhirnya yang menamakannya terlebih dahulu ialah Abdul Muttolib, menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya Abdullah.

>>> Itulah kisahnya (-‿-). Dan tidak ada seorang pun di kalangan bangsa Arab yang bernama Muhammad sebelum "Muhammad bin Abdullah".

* Biografi Muhammad bin Abdullah oleh Zulkifli Mohd Yusuf & Nor Naemah Abd Rahman.

❀ ܓ Jom salawat salawat salawat ツ.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله صحبه وسلم

:')



(Diambil dari sahabat, Kak Syarifah Fatimah)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!