Darah
tinggi adalah suatu diagnosis yang diberikan oleh doktor perubatan moden
sekiranya tekanan darah mencapai atau melebihi bacaan 140/90mmHg dalam dua
bacaan berlainan yang diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 6 jam.
Apa
sebenarnya yang berlaku dalam tubuh adalah sistem pengawalaturan tekanan darah
telah terganggu. Sistem jantung dan aliran darah sepatutnya bekerja dalam satu
sistem yang terkawal dan mengekalkan tekanan darah pada paras normal tidak kira
apa juga aktiviti yang dilakukan.
Namun
apa yang terjadi dalam penghidap darah tinggi, terdapatnya gangguan dalam
aliran darah sama ada salur darah hilang kekenyalan, komponen darah menjadi
pekat atau kemusnahan salur darah-salur darah mikro atau kecil yang membekali
sel. Biasanya sel buah pinggang yang terlibat bila mana sel nefron(buah
pinggang) menerima kurang bekalan darah, sel juxtaglumerular akan merembeskan
sejenis bahan yang dipanggil renin agar tekanan darah dinaikkan seterusnya
bekalan darah kepada sel nefron tadi dapat dipenuhi. Ini adalah respon
tindakbalas biasa.
Cuma
, apabila keadaan tidak dibaiki dengan pemakanan yang memudaratkan, aliran
darah akan semakin teruk dan seterusnya tekanan darah akan semakin tinggi dan
boleh menyebabkan stroke.
Minyak
zaitun mempunyai antioksida yang tinggi dalam bentuk polyphenol yang boleh MENEUTRALKAN
RADIKAL BEBAS YANG BANYAK BERLEGAR DALAM ALIRAN DARAH.
Radikal
bebas ini boleh memusnahkan sel salur darah seterusnya mengganggu penukaran
bahan ke sel untuk proses penyembuhan. Apabila radikal bebas telah dihapuskan ,
maka aliran darah menjadi lancar dan pertukaran bahan nutrisi kepada sel juga
akan menjadi normal dan kesembuhan sel berlaku.
Lama-
kelamaan tekanan darah akan menjadi normal kembali apabila sel nefron telah
menerima bekalan darah yang cukup. Namun , bagi kes darah tinggi di usia muda,
sebab-sebab lain haruslah dikaji contohnya wujudnya tumor di buah pinggang,
masalah endokrin seperti hyperthyroid dan juga masalah salur darah tidak normal
(stenosis atau atriovenous malformation). Bagi kes-kes sebegini , ada rawatan
khusus yang diperlukan dan minyak zaitun juga boleh diambil sebagai makanan
tambahan.
Dalam
jurnal Archives of Internal Medicine tahun 2000, Dr Aldo Ferrara, Associate
Professor of Internal Medicine di Frederico II University,
Naples,Italy,mengatakan yang menjalankan kajian mendapati pengambilan 40gram
sehari minyak zaitun asli (bersamaan 4 sudu besar) dapat mengurangkan 50% dos
ubatan darah tinggi yang diambil oleh pesakit . Kajian ini dilakukan selama
setahun dan dibandingkan dengan minyak bunga matahari. Dalam pesakit yang
menggunakan minyak bunga matahari yang tiada kandungan polyphenols dos ubatan
mereka tidak dapat diturunkan seperti dalam pesakit yang diberi minyak zaitun.
Ada
juga pesakit yang berjaya menghentikan terus ubatan darah tinggi mereka dengan
mengamalkan minyak zaitun "extra-virgin".
Cara
hidup yang aktif haruslah diamalkan dengan konsisten. Lakukan senaman ringan 30
minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Elakkan selalu duduk lama di depan
komputer dan "gadget" yang bukan sahaja tidak menggerakkan anggota
tubuh malah memberi impak kesan buruk radiasi.
sumber: laman web olivehouse, tulisan Dr Hafizah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!