Masalah
sakit lutut adalah masalah yang sering membelenggu terutamanya golongan veteran
dan tidak kurang juga orang muda pada zaman ini dan diterukkan dengan faktor
obesiti dan cara hidup sendiri.
Dalam
kes osteoarthritis misalnya kemusnahan berterusan berlaku pada struktur sendi
menyebabkan proses inflamasi sentiasa berlaku dan menyebabkan kesakitan.
Pengambilan pil tahan sakit hanya mampu meredakan rasa sakit buat sementara
waktu tanpa sedikit pun merawat punca. Bagi sakit lutut yang disebabkan
kemalangan semasa sukan atau berkenderaan, biasanya punca dikenalpasti dengan
memasukkan alat kamera untuk melihat sama ada terdapat serpihan di dalam sendi
yang mencetus inflamasi dan serpihan ini akan dikeluarkan semasa proses ini(artroskopi).
Bagi
mereka yang mengalami masalah obesity, berat badan hendaklah diturunkan dengan
mengamalkan pemakanan semulajadi dan seimbang disamping gaya hidup aktif.
Menurut
"free radical theory of ageing" , penghasilan radikal bebas yang
berterusan dalam aliran darah dan persekitaran sel menyebabkan sel dan DNA sel
musnah dan sel-sel yang musnah ini akan sentiasa cuba ditindakkan oleh sel
inflamatori. Keadaan ini merupakan suatu kitaran yang tidak putus selagi mana
radikal bebas terus dihasilkan dan tiada pertolongan dari bahan yang boleh
meneutralkannya.
Pengambilan
minyak zaitun yang merupakan bahan antioksidan yang kuat oleh molekul
polyphenolnya terutama hydroxytyrosol sangat membantu menyelesaikan proses
inflamasi dengan berkesan dan mencetus tindakbalas pemulihan(healing).
Penghasilan radikal bebas pula haruslah dihentikan dengan menghentikan makanan
proses, berfikiran positif, berkasih sayang dan mengamalkan cara hidup aktif.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!