Wednesday, March 30, 2016

Lemak???



Pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang TIDAK @ KURANG BERLEMAK & BERMINYAK? Benarkah?

Tahukah anda lemak adalah komponen yang sangat penting kerana setiap sel kita yang berjumlah lebih kurang 37 trillion ini terdiri daripada komponen LEMAK SEBAGAI DINDING
Lemak adalah sumber tenaga yang sangat penting untuk otak selepas glukosa dan sesetengahnya mengatakan paling penting lebih dari glukosa. Subhanallah!

Lemak amat penting bagi memastikan badan dapat meyerap semua vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K yang sangat penting dalam fungsi fisiologi tubuh. 

Lemak juga adalah unit asas untuk badan kita membuat hormon dan neurotransmitter agar fungsi dan ketajaman otak akan berlaku secara baik. MashaALLAH!

STRUKTUR OTAK ITU SENDIRI BANYAK TERDIRI DARI LEMAK. Adakah anda SEDAR akan semua fakta ini selama ini?


Barangkali kita sudah biasa mengajar dan mengiyakan mitos tentang lemak. 
Bila melihat orang lain menghidap serangan jantung dan stroke kita mula membayangkan tabiat makannya yang penuh makanan berminyak.

Persoalan sebenarnya adalah bukan minyak secara umum tetapi zaman ini kita patut mempersoalkan JENIS MINYAK YANG KITA GUNAKAN.

Minyak yang baik memberi seribu satu kebaikan pada tubuh dan sebaliknya minyak yang buruk memberikan seribu satu kemudaratan pada tubuh.

Dalam diet kita hari ini APAKAH SUMBER LEMAK DAN MINYAK KITA SEHARIAN?
Ianya datang dari minyak masak yang diproses dengan caustic soda, marjerin yang kaya dengan ‘trans-fat’ atau minyak terhidrogenisasi (hydrogenated fat), ayam yang disuntik hormon dan vaksin, ikan yang telah diletakkan ubat dan pelbagai lagi sumber lain yang memang pasti memudaratkan. 


Jadi , BAGAIMANAKAH BADAN KITA MAMPU UNTUK SIHAT?

Sudah tiba masanya di celah-celah kemajuan industri dan teknologi yang membingungkan, KITA KEMBALI KEPADA ALLAH dengan mengembalikan kehidupan kita kepada sunnatullah.

Sesungguhnya agama Islam ini sudah lengkap dan tidak memerlukan olahan atau tambahan lagi. Ciptaan Allah itu sebenarnya sudah sangat sesuai dengan tubuh badan manusia ciptaanNya.

Allah telah menciptakan sejenis tumbuhan yang memang dicipta khas untuk menghasilkan minyak maka adakah minyak yang lebih baik darinya? ITULAH MINYAK ZAITUN.


Satu-satunya minyak yang disebut dalam Al-Quran. BEGITU SUSAHKAH KITA UNTUK MENILAI?

Bagi yang berminat untuk berfikir, marilah bersama-sama kita teliti kandungan minyak zaitun : Asid lemak monotaktepu (paling tinggi), bahan antioksida (hydroxytyrosol, tyrosol), bahan anti inflamatori(oleoropein, oleocanthal), asid lemak tepu, asid lemak politaktepu(omega 3 dan omega 6) dan banyak lagi.

Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang lemak tepu dan menganggap ianya berbahaya, haruslah diketahui bahawa komuniti sains sekarang ini sedang cuba membersihkan diri mereka dari dongeng lemak tepu yang dikatakan bahaya sejak berpuluh tahun.

Lemak tepu dari unsur semulajadi adalah bermanfaat untuk tubuh dan kekurangan lemak tepu dalam diet seharian boleh menyebabkan banyak masalah.

Agaknya boleh disimpulkan di sini bahawa mungkin SANTAN yang selama ini menjadi penyelamat masyarakat kita kerana itu satu-satunya sumber lemak tepu semulajadi yang masih diamalkan dengan meluas.

Apakah akan terjadi sekiranya kita kekurangan asid lemak dalam tubuh?
Kulit akan menjadi kering dan bersisik, keguguran rambut, luka pada tubuh akan lambat sembuh,masalah gangguan kognitif seperti nyanyuk dan pelupa, masalah kemurungan (depression) ,gangguan kitaran haid, kesakitan pada sendi,  masalah kesihatan mata, lemah sistem imun untuk melawan jangkitan , lemah pada fungsi jantung ,lemah tulang dan gigi dan masalah darah yang sukar beku.

Melihat kepada pelbagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan lemak dalam tubuh, tidak hairanlah sebegitu banyak masalah kesihatan yang dapat diselesaikan dengan pengambilan pati minyak zaitun terutamanya yang tidak ditapis , perahan sejuk dan organic (dengan izin Allah).

Minyak zaitun sebenarnya adalah makanan dan bukannya ubat dan kepada para doktor, diharap dapat membezakan ubat dan makanan. Makanan mempunyai struktur kimia yang kompleks yang memenuhi pelbagai faset fungsi tubuh berbanding ‘drug’ yang hanya mempunyai molekul ringkas yang mudah. 

Jadi minyak zaitun memang patut dijadikan sebagai satu ‘kemestian’ dalam panduan menuju gaya hidup sihat. Semestinya.

Wallahu a’lam.

Sumber: Dr Hafizah binti Amanulla (http://www.olivehouse.my/web/index.php)


IKLAN:



 Kami di Bayati Olive House ada menjual pelbagai produk yang sangat baik untuk kesihatan seperti Pati Minyak Zaitun, Sari Cuka teen, Buah teen, Jus delima dan macam macam lagi.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami : 
Puan Nur - 017 862 3537
Puan Sitti - 016 804 6544

Tuesday, March 22, 2016

Pati Minyak Zaitun

MINYAK ZAITUN

1. Extra Virgin
"Mechanically Cold Pressed" bermaksud proses penghasilan pati minyak zaitun yang dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan. Minyak yang terhasil ini dikenali Extra Virgin.

2. Tidak Ditapis
Pati Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi lebih 30% "Poliphenols". Kandungan ini mampu melindungi sel manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria. Minyak zaitun yang ditapis akan hilang 4 khasiat penting seperti poliphenols, carotens, chlorophylis dan anthocyanin.

3. Tidak Bercampur

Pada tahun 1996, FDA telah membuat kajian dan mendapati 96% pati minyak zaitun yang diuji dan dilabel 100% minyak zaitun asli, hakikatnya bercampur dengan minyak sayuran yang lain.



BAGAIMANA MENGETAHUI MINYAK ZAITUN ITU ASLI ?

Ujian Minyak 
- Pati minyak Zaitun yang asli tanpa campuran, apabila dimasukkan ke dalam peti sejuk(bukan di bahagian beku) selama 24 jam, ia akan bertukar menjadi seumpama gel. Manakala minyak Zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran lain akan kekal cair.

Pembungkusan 
- Pastikan pati minyak Zaitun di dalam botol kaca yang gelap atau di dalam kotak serta jauh dari suhu panas. Pati Minyak zaitun akan hilang khasiat apabila berada di dalam botol plastik atau terdedah kepada cahaya dan kepanasan.


KENAPA BERLAKU TINDAKBALAS ?

Berubat dengan sumber alami seumpama minyak Zaitun akan mempunyai TINDAK BALAS PEMULIHAN. Tindak balas pemulihan seumpama berasa kehilangan tenaga sementara, tidur lebih lama di waktu malam, gatal atau sakit pada bahagian tertentu anggota badan, sistem penghadaman terganggu seumpama berangin, cirit atau sembelit dan lain-lain. Tindak balas berlaku disebabkan badan cuba mengeluarkan toksid yang berada di dalam sel badan. Robert Kosh (Penerima Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Ubat-Ubatan): "Lebih teruk kesihatan seseorang (banyak toksik di dalam badan), lebih kuat tindakbalas pemulihan kepadanya". Tindak balas pemulihan akan berkurangan dan hilang apabila tubuh sudah semakin sihat. Perubahan dengan cara alami adalah kesembuhan secara hakiki.



NUTRISI UTAMA

 Vitamin E
 Poliphenols
 Quarcetin
 Carotens
 Linoelic Acid (Omega 3 & 6)
 Chlorophilis
 Antioxidants
 Antocyanin




MEMBANTU ORGAN DAN SISTEM TUBUH

 Sistem pembuluh Darah (Cardiovascular System)
 Sistem endokrin tubuh (Endocrine System)
 Sistem peredaran tubuh (Circulatory System)
 Sistem penghadaman (Digestive System)
 Organ/Sistem jantung bercelaru (Heart Disorder)
 Sistem Pernafasan (Respiratory System)
 Organ dan sistem mata
 Sistem imunisasi
 Menghalang pembetukan tumor
 Mengurangkan kesakitan kanser
 Menghalang pembentukan kanser
 Menyerap kalsium
 Mengelakkan keradangan (Inflammation)


In shaa ALLAH, semua nya berlaku dengan izinNYA.



Sumber info : http://www.olivehouse.my/web/index.php

Olive 30



Olive 30 berfungsi menurunkan paras LDL (kolestrol tidak baik) dan trigeliserida (menghalang deposit kolestrol pada dinding salur darah yang menyebabkan atherosklerosis) dan pencegahan terhadap kanser (payudara, usus, prostat dan leukemia) dan penyakit neurodegenerative (Alzheimer). 

Kandungan khasiatnya berlipat ganda lebih tinggi dari pati minyak zaitun biasa. 

Ini terjadi akibat tanah yang kering dan persekitaran gurun yang teruk telah menyebabkan pohon zaitun mengeluarkan lebih bahan pertahanan dalam selnya dan seterusnya membawa buah zaitun tersebut kepada satu aras peningkatan nilai khasiat 25 ke 30 kali ganda lebih tinggi hydroytyrosol dan 10 kali ganda lebih tinggi dari jumlah polyphenol. 

Kandungan ini mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak(blood brain barrier) kerana ia adalah molekul antioksida yang paling kecil dan unik.



MENGAPA OLIVE 30 ??

  •  Mendapat kelulusan makanan organic daripada USDA Organic dan European Union Organic

  •  30x bermaksud 30 kali ganda. Kajian makmal mendapati bahawa Pati Minyak Zaitun Olivie Plus 30x mengandungi 30 kali ganda khasiat berbanding pati minyak zaitun extra virgin di pasaran

  •  Tidak ditapis (filteration) dan tidak dipanaskan dengan haba bagi mengekalkan khasiat yang tinggi

  •  Diproses oleh Atlas Olive Oils, sebuah syarikat pengeluar minyak zaitun yang berpengalaman selama 125 tahun dalam pemprosesan minyak zaitun yang memenangi banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.



MANFAAT OLIVE 30


1. ANTIOKSIDAN


 - Membantu melindungi daripada sebarang pemusnahan sel oleh radikal bebas



2. ANTI-KANSER

     - Membantu mencegah barah payudara (kebiasaan kepada oncogenic Her-2/neudan Herceptine) barah prostat, barah usus dan leukemia



3. ANTI-RADANG ATAU ANTI INFLAMASI

     - Membantu mencegah Arthritis sendi, Myositis




     4. PERLINDUNGAN JANTUNG


- Keputusan positif dari pakar perubatan (kajian perubatan selepas pengambilan selama     2 bulan)




5. HYPERGLIKEMIA & DIABETIS

     Membantu melawan hyperglikemia dan pencegahan kepada komplikasi diabetis. Selepas 2 bulan, kandungan glukos di dalam plasma tikus-tikus diabetes yang dirawat dengan hydroxtyrosol telah menurun kepada 55% berbanding tikus-tikus yang belum dirawat.



      6. ANTI-PENUAAN



      Meningkatkan biognesis mitokondria (penuaan awal dikaitkan dengan mutasi mikondria).Menggalakkan ekpresi protein-protein yang berkaitan dengan ketahanan sel kardiak jantung (PBEF, Sirts,FOXOs).




      7. ALZHEIMER



        Hydroxtyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dari segi saiz dan berat dan satu-satunya molekul yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak. Hydroxtyrosol juga mampu memberi perlindungan yang lebih baik terdapat sel otak bagi melawan kesan-kesan Alzheimer dan Parkinson.




      8. PSORIASIS



      - Keputusan positif yang pertama bagi 5 orang pesakit(hilang rasa gatal, sclerosis menurun dan kulit semakin lembut) Kajian klinikal dilakukan ke atas 40 orang pesakit. Dos : 2 sudu makan sehari di ikuti dengan penggunaan luaran (2-3 kali sehari)




      9. ANTI-MIKROBIAL



       - Bertindak sebagai bahan anti-bakteria terhadap sistem pernafasan dan sistem pencernaan (terhadap Haemophilus, Influenza, Moraxella cattarhalis, Salmonella typhi, Vibrio parahaemolyticus, Staphylocuccus aureus).




     10. SEMBELIT (CONSTIPATION)



      - Bertindak sebagai pelawas semulajadi dengan pengambilan 2 sudu makan sebelulm sarapan ketika perut kosong memudahkan perserakan di dalam usus




         Sumber: http://www.olivehouse.my/web/index.php

Monday, March 21, 2016

Bayati Olive House

Bismillah.

Assalamualaikum pada semua yang membaca.

Blog ini akan dipenuhi dengan beberapa pengisian rohani & menjadi medium untuk menyampaikan info berkenaan produk Olive House. In shaa Allah.

Semoga Allah redha akan usaha ini. :)

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengenali, membeli atau menggunakan Produk Olive House, boleh lah hubungi Pihak Bayati Olive House di talian ini:

                    Puan Sitti 016 804 6544 (Kawasan Sabah Sarawak)
                    Puan Nur  017 862 3537 (Kawasan Semenanjung Malaysia)

Antara Produk yang ada:

1. Olive 30
2. Pati Minyak Zaitun (PMZ)
3. Sari Cuka Teen (SCT)
4. Jus Delima Organik
5. Dried Fig (Buah Teen Kering)
6. Air Alkali
7. Ubat Gigi Cengkih

Dan banyak lagi.

In shaa Allah, entri seterusnya bakal menyusul dengan lebih banyak info dan perkongsian.

Sampai jumpa lagi!

^_^