Friday, April 15, 2016

Beza Cuka Buah Teen & Cuka Epal?


Ada beberapa pelanggan yang meminta Bayati Olive House menerangkan tentang perbezaan Cuka Buah Teen dan Cuka Epal. Ini kerana Cuka yang selalu digunakan dalam kalangan masyarakat media sosial hari ini adalah Cuka Epal. Jarang sekali mendengar Cuka Buah Teen. 

Baiklah, hari ini kami akan menerangkan sedikit sebanyak tentang keistimewaan Cuka Buah Teen yang anda boleh nilai sendiri. 


Yang pertama dan terutamanya, Cuka Buah Teen dihasilkan menggunakan buah Teen yang merupakan antara buah yang disebut di dalam Al Quran. 
Masha Allah. Bukankah ini cukup istimewa? 
Terdapat dalam Surah At Tin, Allah bersumpah ke atas Buah Tin dan Buah Zaitun. Allahuakbar. Jika sudah dicatatkan dalam Al Quran, pasti buah ini sangat istimewa. 
Jadi, tak perlu dah rasanya nak banding kan dengan cuka lain? Kan? Hehe. :)


Apapun, kita proceed ke point seterusnya.

Berbeza dengan cuka-cuka yang telah ditapis di pasaran, Sari Cuka Teen semulajadi dibuat daripada Buah Teen yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Teen tersebut dibiarkan matang di dalam tong kayu (yang mempunyai khasiat selulosa) bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil 'mother' dimana menjadi jelas apabila cecair coklat pekat terdedah kepada cahaya.

Mother inilah yang menjadikan Sari Cuka Teen Olive House sangat istmewa berbanding cuka lain. Apakah itu “Mother”?

'Mother' adalah gelap, di mana mempunyai kesan keruh di dalam pembuatan Sari Cuka Teen secara semulajadi yang melibatkan sebatian di dalam buah dan kesan Teen - 'Mother' muncul sebagai molekul protein yang bercantum. Kemunculan 'mother' menunjukkan bahawa bahagian terbaik bagi Teen tidak dimusnahkan. Cuka mengandungi 'mother' juga mengandungi enzim dan mineral yang mana mungkin cuka lain tiada disebabkan oleh proses yang berlebihan, penapisan dan pemanasan yang berlebihan.

Ya, pastinya, sesetengah Cuka Epal juga ada yang mempunyai “Mother”. Maka, itu juga keistimewaan bagi cuka epal. Dan ada banyak juga brand Cuka Epal yang lain tidak mempunyai “Mother”. Maka kena lebih teliti dalam membeli cuka epal. Jika beli Sari Cuka Teen Olive House, in shaa Allah semuanya ada kandungan mother itu.


Ketiga, apa yang membuatkan Cuka Buah Teen ini lebih istimewa adalah kandungan nutrisi yang terdapat pada Sari Cuka Teen lebih banyak dan lebih baik berbanding Cuka lain. Untuk pengetahuan, buah teen mengandungi kandungan potassium 4-6 kali ganda lebih banyak berbanding buah epal. 

Selain daripada kandungan Potassium yang lebih tinggi, Sari Cuka Teen juga mengandungi Kalsium, Kuprum, Zat besi, Magnesium, Mangan, Phosphorus, Sodium dan Zinc.


Keempat, bau Sari Cuka Teen lebih menyenangkan berbanding cuka epal. Kalau mengikut pengalaman pelanggan yang pernah amalkan cuka epal, dikatakan cuka epal baunya lebih kuat dan tengik, susah sikit nak telan berbanding cuka buah teen.


Akhir sekali, kami sertakan juga khasiat Sari Cuka Teen untuk kesihatan kita, antaranya,


  1. Dapat membantu merawat masalah kulit
  2. Dapat membantu mengawal tekanan darah
  3. Dapat membantu merawat masalah tulang, otot dan saraf
  4. Dapat membantu mengawal paras gula dalam darah
  5. Dapat membantu merawat masalah pernafasan
  6. Dapat membantu mengelak pengumpulan lemak
  7. Dapat membantu merawat kanser
  8. Dapat membantu merawat gastrik
  9. Dapat membantu member tenaga kepada pesakit buah pinggang selepas dialysis
  10. Boleh dijadikan sebagai antiseptic untuk merawat luka

Baiklah, sekarang anda boleh nilai sendiri yang mana lebih baik. Terpulang pada anda untuk memilih cuka apa pun. :)

Jika berminat dengan Sari Cuka Teen Olive House, 
boleh hubungi kami di Bayati Olive House: 017 862 3537 / 016 804 6544

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!