Tuesday, April 5, 2016

Kenapa Perahan Sejuk?


Assalamualaikum semua.

Hari ini kami nak kongsi satu info.

Tahukah anda.....
Minyak Zaitun Olive House yang dihasilkan adalah dari teknik Cold Pressed / Perahan sejuk?

Ini adalah kerana untuk mengekalkan kandungan asli minyak itu sendiri.

Minyak yang melalui proses "Perahan Sejuk" ni tinggi kandungan anti-oksidannya yang mengekalkan kesegaran minyak itu dan memberi perlindungan kepada kita daripada kerosakan radikal bebas. Alhamdulillah.

Jadi, adalah sangat penting untuk menjaga minyak zaitun dengan betul.  Ianya perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara, jauh daripada cahaya dan jauh daripada haba.

Sebab itulah minyak zaitun ini tidak sesuai untuk dimasak dengan kepanasan yang lama. Minyak yang melalui perahan sejuk, terutamanya minya zaitun ni sesuai diletakkan dalam salad dan sangat bagus pada kulit.  Ia menjadi tidak bagus bila dipanaskan.  

Manakala, jika perahan panas, lebih banyak minyak yang dihasilkan namun khasiatnya akan hilang.  Dan kebanyakan minyak sayuran yang ada tidak dihasilkan menggunakan mesin secara tradisional.  Ianya dihasilkan dengan pelarut kimia.  Kemudian ianya dididihkan untuk mengeluarkan pelarut-pelarut itu, kemudian 'deodorized' dan 'bleached'.  Hasil yang terakhir adalah sangat berbeza daripada sumber aslinya.  Anti-oksidan yang ada telah digantikan dengan radikal bebas, dan trans-fat akan terhasil di dalamnya.

Minyak-minyak ini mungkin berbau manis dan berasa sedap, tetapi sangat jauh beza daripada minyak yang dihasilkan melalui perahan sejuk, dan tidak sesuai untuk badan kita.


sumber: http://sunnahshoppe4u.blogspot.my/2013/04/minyak-perahan-sejuk-mengapa-ianya.html

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!