Wednesday, February 27, 2013

Yang bagaimana calonmu?


Seorang kawan gembira memberitahu saya perihal calon suaminya,

"Dia memang ada ciri-ciri lelaki yang baik." katanya.

Saya senyum, "Iye? Apa yang baiknya?"

"Dia memang baiklah, semua yang perlu untuk seorang suami, dia ada. Dia pandai jaga baby, dia pandai masak, dia pandai kemas rumah, dia baik dengan perempuan. Lepas tu, dia kerja bagus, dia berkaliber, dia penyayang, dia baik hati."

Oh. Saya senyum lagi, "Bagusnya dia ye."

Kawan saya kelihatan sedikit gembira mendengar kata-kata saya dan menambah, "Ya.. dia baik sangat. Memang akan jadi suami yang baiklah."

Saya memandangnya dan bertanya, "Agamanya macamana?"

Kawan saya tiba-tiba sengih. "Eh. Yang tu tak pula tahu sangat agamanya."

Saya diam senyum dalam hati dan minda saya menerawang berfikir.

Ini saya fikir,

Dalam memilih suami, kenapa perihal dunia yang diutamakan?

Yang baik, yang hebat, yang penyayang, yang kuat kerja, yang pandai, yang dunia dan dunia dan dunia...

Kenapa agama dibelakangkan?

Kenapa tidak agama yang menjadi 'Screening tool'?

Hairan melihat manusia zaman ini.

Berkahwin kerana apa ya agak-agak?

Kerana ia fitrah saja kah?

Kerana orang lain kahwin dan saya perlu kahwin?

Kerana itu lah kitaran kehidupan manusia?

Begitu??

Persepsi dan pandangan saya yang hina,

Jauh dan jauh di lubuk hati dan jiwa saya,

Berkahwin itu cuma ada satu sebab,

"Berkahwin kerana Allah, kerana penghidupan Akhirat."

Saya 'berangan-angan' punya suami yang agamanya BAIK untuk saya 'hadirkan' di hadapan Allah. Mahu saya khabarkan pada Pencipta saya dan andai saja mampu saya katakan begini,

"Ya Allah. Inilah dia suamiku. Inilah dia penemanku di dunia dan di Syurga untuk selama-lamanya."


:)

Monday, February 25, 2013

Aibku dan Aibmu


Suatu petang, saya dan kakak bermakan petang di sebuah restoran.

Ketika itu, kami sedang menunggu pesanan makanan kami. Sedang kami berborak-borak, tiba-tiba kakak memberi isyarat pada saya dan mengarah pandang sesuatu di hadapan kami.

Saya mengikut isyarat itu.

Oh. Itu. Saya diam terkelat dan mengalih pandang.

*Apa yang kami lihat?*

Hmm. Di hadapan kami, ada sepasang lelaki dan perempuan. Perempuan itu remaja lagi dan memakai baju sedikit singkat sehingga menampakkan sebahagian aurat pinggangnya.

Kasihan. Dia sudah elok bertudung, tapi ada yang sepatutnya tertutup jadi terbuka.

Saya memandang kakak dan kakak memandang saya.
Tidak komen lebih-lebih, hanya istighfar bertandang di hati.

Namun, apa yang saya mahu kongsikan sekarang adalah apa yg saya fikir setelah peristiwa itu.

"Aib."
Ya, aurat si gadis yg tersingkap itu tadi adalah aib dirinya.

Allah melihatkan aibnya pada kami.
Saya terfikir, itu aib yang tersingkap, bagaimana pula aib yang Allah tutup?

Hmm. Melihat gadis itu membuat saya kembali merenung diri sendiri.

Mungkin saja orang lain yg melihat saya, tidak melihat aib diri saya yg terzahir (contoh: aurat).
Tapi 'aib' yg tertutup? Terlindung?
Siapa tahu?

Maksud saya seperti dosa-dosa kemaksiatan yg dilakukan.

Ikutkan, saya ada 'peluang' untuk menipu, ada 'peluang' untuk berpura-pura.
Kerana apa?
Orang lain tidak melihat 'aib' saya itu, orang lain tak melihat 'jelek' atau buruk diri saya.

Ya. Saya boleh menipu jika saya tidak menyakini adanya Allah yang melihat, adanya Allah yang menilai.

Dan kerana itu, wujudnya golongan munafik. Yang berpura-pura.
Astaghfirullah. (mohon dijauhkan. :( )

Begitu juga dengan perasaan 'diri baik',
bila melihat salah orang lain, kita cenderung menghentam mereka, memaki 'golongan yg salah dan berdosa' itu.
Kita kata mereka salah itu ini, mereka berdosa itu ini.
Padahal, kita lupa, kita juga punya aib dan dosa yang tertutup.

Astaghfirullah. :(

Allah...
terkadang, orang yg Allah lihatkan aibnya adalah untuk Allah beri 'didikan' dan 'teguran' secara langsung.
Hakikatnya, Allah menyayangi mereka.

Allah...
terkadang juga, orang yg Allah tutup aibnya adalah untuk Allah beri peluang pada mereka bertaubat dan baiki diri dengan segera.
Ya, Allah juga sangat menyayangi mereka.

Nampak tak? Apa saja yang Allah takdirkan, semuanya kerana Allah sayang.

Jika kita terus bersangka baik pada Allah, kita akan terus merasa disayangi, Samaada kita rasa aib kita ditutup, atau aib kita tersingkap.

Fahamilah, semua bersebab. Semua punya hikmah.
Jika kita benar berfikir. :)

Oleh itu, saya nak ajak semua sahabat untuk memandang diri dalam orang lain.

Tengok salah orang, check salah sendiri.
Tengok aib orang, check aib sendiri.
Orang lain tak sempurna, kita juga tak sempurna.
Orang lain berlumur dosa, kita juga berlumur dosa.

Kita semua sedang usaha jadi baik.
Masing-masing kena jaga dan tutup aib masing-masing.
Saya jaga awak, awak jaga saya.
Aib saya, aib awak.

Kita saling memerlukan.
:)

Moga bermanfaat.
Sebar Bahagia! ♥

Sunday, February 24, 2013

Beza


Assalamualaikum :)

:: beza yang mengharmonikan ::

Selepas beberapa bulan bernikah, saya ada tanya suami saya. 
"Apa perasaan pertama kali sentuh tangan saya sewaktu majlis pernikahan?"

Tersengih saya dengar jawapan suami saya. ;)
Dia kata, dalam hati dia, dia terdetik ini:

"Oh. Lembutnya tangan."

Huhu. 
Kemudian, suami tanya perasaan saya pulak. 

Saya?
Saya terdetik ini:

"Ehhh. Dah boleh pegang ke ni? Serius bolehh? Betul boleh?? Wahh, ajaibnya."

Hehe. 

Perempuan & Lelaki,
pemikiran yang jauh beza. 
Perempuan fikir itu, Lelaki fikir ini. 

Beza. 
Sentiasa beza.

Dan kerana beza itu akan wujudnya harmoni,
antara lelaki & perempuan.

Unik kan?
MashaAllah. 

:)

Ada yang tak faham?
Takpe, nanti fahamlah. 
Belajarlah memerhati dan berfikir. 

;)

Sebar Bahagia!

Friday, February 22, 2013

Memanfaatkan Melatah


Assalamualaikum. :)

Melatah.
Awak melatah?

Saya melatah.
Tapi tak teruk dan tak berpanjangan.
Setakat akan mengeluarkan perkataan bila terkejut.
Ermm, adakah itu dikira melatah?

;)

It's normal. Kot. Kan?
Maybe.

Ok, pada entri kali ni, saya cuma nak kongsi, tips untuk istiqomah bercakap perkataan yang baik-baik.
Pernah tak awak semua melalui pengalaman dimana 'tersiksa' untuk menghilangkan tabiat bercakap benda yang tak baik?

Tak pernah?
Ke tak perasan?
Ke memang tak mahu perasan?
Hehe. Mana-manalah. :)

Okay, maksud saya, perkataan-perkataan 'biasa' (yang kita anggap biasa, tapi sebenarnya tak beri manfaat) yg selalu kita tuturkan secara sengaja atau tak sengaja menjadi habit kita tetapi pada masa yang sama, kita nak hilangkan. Sedikit demi sedikit.

Tapi....susah nak hilangkan.

Contoh?

Bila terkejut, kita sebut "Oh mak nenek kau." , "Opocot mak kau" , "Cilake..", "Adooiii" , etc.
Bila suka atau excited sangat "Best gilerrr", "Cantik gilerrr" , "Mantap siot..." , etc.

Dan lain-lain.

Pernah tak alami perasaan yang awak nak hilangkan perkataan macam tu dlm kehidupan awak?

Hmm, kalau pernah, meh saya nak kongsi satu tips macamana nak hilangkan dan istiqomah cakap benda baik.

:)

Tipsnya mudah je. Kita manfaatkan melatah. :)

Mulakan pada saat ini, hari ini, Pertama, bila awak terkejut atau melatah, berselawatlah. Ucapkanlah salawat ke atas nabi. :)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Boleh? :)

Pernah dengar orang berselawat bila terkejut? Ha, cubalah. :)
Saya dan suami mengamalkan itu. MashaAllah, best. :)

Kemudian, selain daripada salawat, awak juga boleh ucap "Innalillahiwainnailaihirojiun" bila terkejut. Yang ni, lebih pada kalau terjatuh ke, tersadung ke, pendek kata yang melibatkan kemalangan tak kiralah kecil ke besar.

Ucapan ni tak semestinya ada kematian ke baru ucap. :)
Kalau pinggan terjatuh pecah pun kita boleh ucap. :)

InshaAllah, ia akan mengingatkan kita kepada fitrah yang kita ini datang dari Dia dan akan kembali pada Dia. :)

Selain daripada dua ucapan tu, melatah lah perkataan baik-baik yang lain macam "Allah" , "Astaghfirullah" , "Allahuakbar" , dan lain-lain. :)

InshaAllah, bila kita biasakan sebut nama Allah, kita akan automotically ingat Allah dan secara tidak langsung akan menghindarkan kita dari sebut perkataan yang takda manfaat.

:)

So, kita akan 'terkawal' dari tidak menyebut perkataan-perkataan buruk tadi. :)
Sebab apa? Sebab kita ingat pada Allah :)

Mudah kan?

Oh ya, kenapa kita kena hilangkan perkataan-perkataan yang takda manfaat tadi tu?
Sebab, perkataan yang takda manfaat tu hanya akan menghitamkan hati kita, dan membuatkan kita jauh dari Allah.

Astaghfirullah. Tak mau lah. Kan?
Kita nak dekat-dekat dengan Allah je. :)

Alhamdulillah :)

Boleh ikut?
InshaAllah. :)

Saya dah cuba dan ianya Alhamdulillah membuatkan saya istiqomah untuk cakap benda baik dan mengelakkan saya cakap benda tak baik. :)

Saya pun lebih terdidik macam ni bila melihat indahnya akhlak suami saya yang sentiasa bersalawat bila terkejut. ;)
Alhamdulillah :)

Oh ya, ini cuma saranan dari saya, bukan dari hadis, bukan dari siapa-siapa.
Saya kira ini benda baik yang boleh dikongsi bersama :)

Moga ada manfaatnya untuk semua.
InshaAllah :)

Sebar Bahagia!