Wednesday, February 27, 2013

Yang bagaimana calonmu?


Seorang kawan gembira memberitahu saya perihal calon suaminya,

"Dia memang ada ciri-ciri lelaki yang baik." katanya.

Saya senyum, "Iye? Apa yang baiknya?"

"Dia memang baiklah, semua yang perlu untuk seorang suami, dia ada. Dia pandai jaga baby, dia pandai masak, dia pandai kemas rumah, dia baik dengan perempuan. Lepas tu, dia kerja bagus, dia berkaliber, dia penyayang, dia baik hati."

Oh. Saya senyum lagi, "Bagusnya dia ye."

Kawan saya kelihatan sedikit gembira mendengar kata-kata saya dan menambah, "Ya.. dia baik sangat. Memang akan jadi suami yang baiklah."

Saya memandangnya dan bertanya, "Agamanya macamana?"

Kawan saya tiba-tiba sengih. "Eh. Yang tu tak pula tahu sangat agamanya."

Saya diam senyum dalam hati dan minda saya menerawang berfikir.

Ini saya fikir,

Dalam memilih suami, kenapa perihal dunia yang diutamakan?

Yang baik, yang hebat, yang penyayang, yang kuat kerja, yang pandai, yang dunia dan dunia dan dunia...

Kenapa agama dibelakangkan?

Kenapa tidak agama yang menjadi 'Screening tool'?

Hairan melihat manusia zaman ini.

Berkahwin kerana apa ya agak-agak?

Kerana ia fitrah saja kah?

Kerana orang lain kahwin dan saya perlu kahwin?

Kerana itu lah kitaran kehidupan manusia?

Begitu??

Persepsi dan pandangan saya yang hina,

Jauh dan jauh di lubuk hati dan jiwa saya,

Berkahwin itu cuma ada satu sebab,

"Berkahwin kerana Allah, kerana penghidupan Akhirat."

Saya 'berangan-angan' punya suami yang agamanya BAIK untuk saya 'hadirkan' di hadapan Allah. Mahu saya khabarkan pada Pencipta saya dan andai saja mampu saya katakan begini,

"Ya Allah. Inilah dia suamiku. Inilah dia penemanku di dunia dan di Syurga untuk selama-lamanya."


:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!