Monday, February 25, 2013

Aibku dan Aibmu


Suatu petang, saya dan kakak bermakan petang di sebuah restoran.

Ketika itu, kami sedang menunggu pesanan makanan kami. Sedang kami berborak-borak, tiba-tiba kakak memberi isyarat pada saya dan mengarah pandang sesuatu di hadapan kami.

Saya mengikut isyarat itu.

Oh. Itu. Saya diam terkelat dan mengalih pandang.

*Apa yang kami lihat?*

Hmm. Di hadapan kami, ada sepasang lelaki dan perempuan. Perempuan itu remaja lagi dan memakai baju sedikit singkat sehingga menampakkan sebahagian aurat pinggangnya.

Kasihan. Dia sudah elok bertudung, tapi ada yang sepatutnya tertutup jadi terbuka.

Saya memandang kakak dan kakak memandang saya.
Tidak komen lebih-lebih, hanya istighfar bertandang di hati.

Namun, apa yang saya mahu kongsikan sekarang adalah apa yg saya fikir setelah peristiwa itu.

"Aib."
Ya, aurat si gadis yg tersingkap itu tadi adalah aib dirinya.

Allah melihatkan aibnya pada kami.
Saya terfikir, itu aib yang tersingkap, bagaimana pula aib yang Allah tutup?

Hmm. Melihat gadis itu membuat saya kembali merenung diri sendiri.

Mungkin saja orang lain yg melihat saya, tidak melihat aib diri saya yg terzahir (contoh: aurat).
Tapi 'aib' yg tertutup? Terlindung?
Siapa tahu?

Maksud saya seperti dosa-dosa kemaksiatan yg dilakukan.

Ikutkan, saya ada 'peluang' untuk menipu, ada 'peluang' untuk berpura-pura.
Kerana apa?
Orang lain tidak melihat 'aib' saya itu, orang lain tak melihat 'jelek' atau buruk diri saya.

Ya. Saya boleh menipu jika saya tidak menyakini adanya Allah yang melihat, adanya Allah yang menilai.

Dan kerana itu, wujudnya golongan munafik. Yang berpura-pura.
Astaghfirullah. (mohon dijauhkan. :( )

Begitu juga dengan perasaan 'diri baik',
bila melihat salah orang lain, kita cenderung menghentam mereka, memaki 'golongan yg salah dan berdosa' itu.
Kita kata mereka salah itu ini, mereka berdosa itu ini.
Padahal, kita lupa, kita juga punya aib dan dosa yang tertutup.

Astaghfirullah. :(

Allah...
terkadang, orang yg Allah lihatkan aibnya adalah untuk Allah beri 'didikan' dan 'teguran' secara langsung.
Hakikatnya, Allah menyayangi mereka.

Allah...
terkadang juga, orang yg Allah tutup aibnya adalah untuk Allah beri peluang pada mereka bertaubat dan baiki diri dengan segera.
Ya, Allah juga sangat menyayangi mereka.

Nampak tak? Apa saja yang Allah takdirkan, semuanya kerana Allah sayang.

Jika kita terus bersangka baik pada Allah, kita akan terus merasa disayangi, Samaada kita rasa aib kita ditutup, atau aib kita tersingkap.

Fahamilah, semua bersebab. Semua punya hikmah.
Jika kita benar berfikir. :)

Oleh itu, saya nak ajak semua sahabat untuk memandang diri dalam orang lain.

Tengok salah orang, check salah sendiri.
Tengok aib orang, check aib sendiri.
Orang lain tak sempurna, kita juga tak sempurna.
Orang lain berlumur dosa, kita juga berlumur dosa.

Kita semua sedang usaha jadi baik.
Masing-masing kena jaga dan tutup aib masing-masing.
Saya jaga awak, awak jaga saya.
Aib saya, aib awak.

Kita saling memerlukan.
:)

Moga bermanfaat.
Sebar Bahagia! ♥

2 comments:

  1. Assalamualaikum .
    Alhamdulillah , sangat bermanfaat . ALLAH menegur hamba-hambaNya dalam pelbagai cara . Supaya kita sama-sama berfikir dan cermin diri sendiri , dalam masa yang sama mendoakan untuk orang lain .
    Syukran (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :)

      Alhamdulillah. InshaAllah, jadikan apa yang berlaku di sekeliling kita sebagai tarbiyah dari Allah. :)

      Afwan :)

      Delete

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!