Thursday, April 18, 2013

Matematik yang berhikmah!


"Negatif"

Mendengarkan sesuatu yang berunsur negatif memang membebalkan hati,
merosak rasa,
mencemar jiwa.

Pendek kata, benda negatif memang tak elok untuk kehidupan.

Ya, jika mahu berjaya,
positiflah.

Selama mana kita bernegatif,
selama itu kita kelam di belakang.

Namun, sedar atau tidak,
kita mampu 'ambil kesempatan ke atas negatif'.

Woah,
Bagaimana?

:)

Meh sini saya ceritakan pendapat dan pandangan saya :)

Tentunya awak semua belajar matematik kan?
Kalau tak suka pun, inshaAllah mesti ada belajar yang ini:

17 - (-3) = 17 + 3

iaitu jawapannya = 20.

Ada belajar?

Bila (-) jumpa (-) , akan jadi +

Ada?

*saya dah lama tak berkira-kira, tapi bab ni saya ingat.*

Ha, apa kaitannya dengan 'ambil kesempatan dengan negatif'?

Ok :)

Seperti mengikut prinsip matematik tadi, bila negatif jumpa negatif, ia akan jadi positif.
Begitu juga dengan kehidupan kita. :)

Contoh,
Malas = sikap negatif.
Bertangguh = sikap negatif.

Tapi bila bertangguh jumpa malas, ia akan jadi menangguh malas yakni samadengan rajin!

:)

Dapat? :)

Contoh kes:

Pada suatu hari, Aimi terasa nak bermalas-malasan buat kerja sekolah, tapi pada masa yang sama dia tangguhkan rasa malas tu.
Jadi, akhirnya Aimi tetap buat kerja sekolah sebab dia hilangkan rasa malas dan gantikan dengan rasa rajin.

Ajaib kan!?

Hehe :)

So, bila datang rasa malas, cepat-cepat tangguhkan.
Walaupun sebenarnya menangguh itu tak baik.
Tapi ingat, menangguh jadi baik untuk benda yang tak baik :)

Contoh lain:

Benci = Negatif
Marah = Negatif

Benci itu perasaan yang tak baik, tapi bila benci sifat 'marah yang tak baik', ia akan jadi baik.
Bila kita "benci marah", kita tak akan jadi nak marah dan kita akan bertenang-tenang

Bagus kan? :)

Oh ya, prinsip matematik ini juga selari dengan apabila benda positif bertemu positif, akan jadi super positif!
Dan bila benda negatif bertemu benda positif, akan jadi negatif!

:)

Haaa, jangan ingat matematik yang kita belajar tak boleh apply untuk kehidupan.... :)
Hebat kan Allah, setiap yang berlaku semua ada hikmahNya :)

Itulah Matematik yang berhikmah!

Sekian,
Sebar Bahagia! :)

Wednesday, April 10, 2013

Kipas penuh habuk?


Suatu hari, saya membersihkan kipas angin bilik saya. Sedang membersihkan, saya menemui suatu hikmah yang berharga.

:)

Kipas angin kalau dibiarkan lama tidak dibersihkan, akan penuhlah kipas tu dengan habuk yang tebal.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Huhu.

Bila penuh dengan habuk, 'sedap' tak angin daripada kipas tu?
Mestilah tak.... kan?
Angin mesti terasa panas. Bukannya menghilangkan rasa panas kita, bahkan menambah kehangatan badan je.

Jadinya, kita mestilah bersihkan kipas angin tu secara berkala.
Untuk mendapatkan angin yang sejuk lagi menyamankan. :)

Haaaa... macam diri kita jugak. ;)

Habuk-habuk tu ibarat dosa-dosa kecil kita.
Kalau habuk sedikit, takdalah terkesan sangat pada kipas. Tapi kalau dah banyak sangat?
Jadilah panas macam saya cakap tadi.

Pada diri kita, kalau dosa kecil kita sikit je, takdalah hati kita jadi hitam legam sampai takdapat serap hidayah Allah.
Tapi kalau dah banyak sangat dosa kecil kita, mana nak tembus hidayah Allah pada hati kita?
Ha, Itulah antara sebab kenapa kita degil sangat nak lembutkan hati serap dan sedut hidayah Allah.
Sebab apa?
Sebab hati kita penuh HABUK!

Banyak habuk, angin jadi hangat, jadi panas.
Banyak dosa kecil, hati kita jadi panas, susah nak sedut hidayah.

Oh ya, perlu diingat, hidayah Allah iu ada untuk kita, cuma terpulang pada kita samada kita nak sedut atau tidak hidayah tu.

Sedikit selingan;


Bukan tak dapat hidayah, tapi tak sambut hidayah. Hidayah ada, tapi manusia buta.

Dimana-mana ada banner majlis ilmu (hidayah terbentang), tapi kita degil taknak pegi dengan macam-macam alasan (tak sambut hidayah). Kan?

Ada channel yang hidang perkongsian ilmu (hidayah terbentang), tapi kita nak jugak tengok yang lain (tak sambut hidayah).

Ada banyak kedai tudung & muslimah tutup aurat sempurnayang jadi contoh (hidayah terbentang), tapi kita tetap enggan pakai tudung (tak sambut hidayah).

Semuanya samaada kita nak sambut atau tak je. Bukan takde, bahkan disana sini melimpah-limpah hidayah diberi.

Ibarat orang bagi hadiah pada kita, kita tak nak terima. Kita biar je hadiah tu tak terusik dan kita tuduh kita tak terima hadiah!

Jadi 'masalahnya' pada siapa? 
Pada kitalah. 
Kita yang bengap tak nak fikir. 
Dahlah bengap, pandai pulak tuduh si Pemberi Hidayah tak beri hidayah.


Hmm.
Berbalik pada 'cerita kipas' kita.

Fikir sejenak,
Kalau kipas perlu dibersihkan, kenapa tidak hati kita?
Ingat, hati kita juga perlu dibersihkan secara berkala. :)
Untuk memudahkan kita 'sejuk' menyerap hidayah yang Allah bagi

Boleh?
InshaAllah. :)

Untuk saya dan semua,
Peringatan,
Jangan jadi 'kipas' yang tak bermanfaat.
Kipas yang penuh habuk, diguna tiada guna.
Seperti manusia yang penuh dosa, 'mati' sebelum mati.



Kesimpulan,

Kipas = Hati kita.
Habuk-habuk kipas = Dosa-dosa kecil kita.
Angin kipas = Keadaan Hati kita.

Sebar Bahagia!
Moga ada manfaat. :)


Sunday, March 24, 2013

Boleh tolong?


Assalamualaikum. :)

Selalu saya dapati dimana-mana, ada segelintir isteri yg mengadu bila meminta suami membuat kerja rumah, suami liat takmahu tolong.

Segelintir saja. :)

Liat kenapa?

Hmm. Sebelum kita tuding jari pd suami dan tuduh suami berat tulang, cuba recheck diri kita. Cuba fikir, apa yg tak kena pd kita sehingga suami enggan tolong kita?

Komunikasi.
Ya, komunikasi.

Cuba reflect cara komunikasi kita dgn suami.
Bagaimana?

Lembut?
Sopan?
Kasar?
Menyindir?
Terus-terang?

Ha, itu mempengaruhi tindak tanduk suami kita.

Apa yang kita beri pada suami, itulah yang kita dapat.

Bg saya, suami saya sangat ringan tulang. Mintak tolong sikit, dia pasti membantu. :)

Tipsnya mudah je.
Berterus terang dgn suami, jangan berselindung, takpayah berlapik-lapik.

Dan bila meminta tolong, jangan berbentuk mengarah atau memerintah.

Tunjukkanlah yg kita ni 'lemah' dan memerlukan bantuan suami yg gagah dan hensem.

InshaAllah, mereka akan berasa 'ada' dan dihargai. Dan bukanlah 'kuli' bg kita.

:)

Saya: Abang sayang, boleh tak tolong sayang buangkan sampah ni nanti?

Suami: Boleh sayang.

Saya: Terima kasih..

*suami senyum penuh bermakna*

ha, mudah kan?

Oh ya, jangan sesekali berlapik mcm ni:

"Alah, sampah dah penuh lah bang. Daripada semalam tak buang."

Dan, jangan juga mengarah:

"Abang, nanti buang sampah k. Jangan lupa!"

ingatlah duhai isteri, tugas kita adalah utk melayani suami dgn baik. Dari semua aspek. Maka, perelokkanlah perkataan kita. :)

InshaAllah. :)

Sebar bahagia. :)

Monday, March 18, 2013

Ustaz Ustazah Laman Sosial.

Seorang muslimah ada bertanya saya di Facebook Hanya Sementara;

Salam alaik  :)
Ana nak minta pendapat. Kawan ana cakap kalau nak berdakwah gunakan cara nabi iaitu 'Ziarah Menziarah'
Berdakwah di laman sosial itu bidaah. Dah bidaah itu melemahkan iman. Yakin cara nabi.
Ana berfikir, kalau perempuan boleh join sekali aktiviti tabligh, senang sikit
tapi mostly lelaki.
jadi ana keliru, boleh atau tidak nak berdakwah di laman sosial ?


Saya jawab (Perhatian: Ini hanya pandangan saya si hamba Allah yang lemah kurang ilmu.);

wslm. :)

owh pasal tu. mm, sebaik-baik dakwah adalah dakwah ikut cara nabi. benar dan sangat benar yg Nabi berjalan dr satu tempat ke satu tempat utk berdakwah.

dan, lupakah kita tentang dakwah nabi melalui contoh teladan?
dakwah nabi melalui akhlaknya?
dakwah nabi melalui perkataannya?
dakwah nabi melalui perbuatannya?

maka, melalui laman sosial, inshaAllah itu menepati kriteria cara nabi.

dann, lupakah kita iaitu "berdakwahlah walau dgn spotong ayat?"

kalau tidak kita memanfaatkan laman sosial dengan perkataan dakwah, adakah kita perlu menggunakan laman sosial dgn perkataan yg sia-sia?

pastinya tidak kan??

so, fikirkan.

 yang pastinya, jika sesuatu itu kita lakukan membawa mudarat, maka tinggalkan.

jika sesuatu itu kita lakukan membawa manfaat, maka teruskan tanpa ragu.

inshaAllah.  :)

Allah memahami kita. Allah mengerti niat kita.

Itu je pandangan saya.
Moga Allah beri kefahaman pada kamu.  :)


:)

Sebar Bahagia! :)

Berniqab untuk tarik perhatian?

Dulu, saya pernah didatangi dengan persoalan dari seorang muslimah. Resah dihatinya dikongsi pada saya dan saya rasa, ada manfaatnya jika saya kongsikan bersama. :)

Ini soalan muslimah itu,

 "Assalamualaikum. Kak, nak tanya ni. Dah lama simpan soalan ni tapi tak berkesempatan nak tanya soalan ni. Hmm apa pendapat akak tentang orang berpurdah atau berniqab kemudian upload gambar mereka untuk tatapan umum contohnya facebook laa paling senang. Zoomnya nampak mata je, mungkin tu salah satu nak tarik perhatian lelaki ke kak ? Ada satu artikel ni saya baca, yang berpurdah dan berniqab lebih menarik perhatian lelaki sebab MATA mereka nampak cantik. Lebih-lebih lagi di ukir di sekeliling mata tu. Macam mana ye kak ?"

Kemudian, saya menjawab dengan ini,

#Peringatan: Ini cuma pandangan saya sebagai Hamba Allah yang lemah. :)

Pandangan saya:

Waalaikumussalam.
 Masalah yang selalu jugak akak hadapi. :)

Hmm. Buat masalah ni, ada dua pandangan /aspek yang perlu kita lihat.

1) Pandangan untuk diri kita.
2) Pandangan untuk saudara muslimah kita.

Yang paling utama adalah pandangan untuk kita. Pertama-tamanya, check hati kita.

Bersyukur sebab muslimah kita / sahabat kita mengambil langkah bijak untuk berniqab, untuk mengelak diri dari fitnah. Untuk ini, kita bersyukur yang amat.

Maka, kita tidak perlu risau untuk itu. Yang perlu kita risaukan adalah sahabat lain yang masih belum menutup aurat.

Hmm. Kalau mereka yang berniqab itu selalu upload gambar tu, kita istighfar dan kembali bersangka baik.

Sangka baik macamana?

~oh, mungkin dia upload nak bagi contoh kat muslimah lain bagaimana untuk berniqab.
~oh, mungkin dia sekadar nak share.
~oh, mungkin... mungkin...mungkin... (yang baik-baik saja.)


Yang pasti, kita selalulah sangka baik.

Yang kedua, pandangan untuk muslimah kita,
yang ni bila kita kuat dan berkemampuan untuk nasihat sahabat kita, nasihatlah.

Mungkin pada pandangan kita, gambar berniqab itu tak elok diupload dan mungkin akan mendatangkan fitnah, maka kita beritahu, luahkan dan nasihatkan pd sahabat kita dengan hikmah.

Adalah lebih baik, kita direct beritahu dia secara tertutup (private message/direct message/call/etc). Jika tak mampu, buat entri kat blog yang berkaitan dengan hal ni. Kalau tak pun, melalui status facebook / tweets.  (dan pastikan, tidak bertujuan menyindir dia. Hati kena bersih dan ikhlas bila buat benda ni.)

Ingat, Kita nasihat sebab kita sayang. :)

Untuk hal lelaki itu, bagi akak;

YA. Perempuan berniqab itu lebih 'mengancam'.
Jadi, kita perlu lebih berhati-hati.

Ingat, hati lelaki sukar ditebak. Kita fikir lain, Lelaki fikir lain. :)

Sepatutnya, berniqab itu perlu terhindar dari fitnah. Bukan menambah fitnah. rasanya, perasaan adik sama dengan akak.

Akak pun tak berapa senang bila ada segelintir sahabat yang suka upload gambar berniqab diorang. Tapi tulah, kita kena selalu dan selalu bersangka baik. :)

~Bersangka baik itu membahagiakan~


Muslimah itu tanya lagi,

 "Macam mana pulak ye untuk bukan muslimah yang biasa berniqab di luar tapi SENGAJA uplod gambar, kemudian ramailah hamba Allah yang memujinya Nak tegur, saya ada tweet dekat twitter tapi saya kena balik kak. So saya ambik langkah diam je la nak elak nafsu menang tu menguasai diri, nak berdebat untuk kebenaran risau pulak tersasar berdebat sebab nak menang. Allahu.. :'("

Saya jawab,

 Kalau macam tu, kita berlapang dada dan panjatkanlah doa sentiasa.

Yang penting, kita usaha. Usaha dan usaha.

Dia nak dengar atau tak, itu urusannya pada Allah. :)

*******

Alhamdulillah. Itulah antara perbincangan ringkas saya dengan muslimah itu. :)

Bila kita mampu, usahalah untuk nasihat. Banyak cara untuk nasihat, berhikmahlah. :)

Berlapang dada bila nasihat kita tidak didengar malah dimarah kembali. Berlapanglah dada, kita cuma 'bertugas' untuk membantu semampu kita, yang beri hidayah itu Allah.

Koreksilah diri, mungkin kita kurang doa, mungkin kita kurang ikhlas, mungkin kita kurang usaha. :)

Jadi, jangan kecewa dan bersedih.

Paling penting, berdoalah pada Allah agar kita semua diberi kefahaman agama yang benar. :)

Oh ya, bersangka baiklah. Bersangka baiklah, bersangka baiklah. :)

Sekadar itu perkongsian, Moga Allah redha.

Sebar Bahagia! :)

Kenapa degil sangat ni?


Kawan: Nur, kau mesti selalu nasihat orang kan?

Saya: Pernahlah. Tapi tak selalu. Kenapa?

Kawan: Aku ada sesuatu nak tanya.

Saya: Tanyalah.

Kawan: Kenapa kan, kalau kita dah nasihat orang tu, dia susah nak terima? Degil sangat.

Saya: Ego mungkin.

Kawan: Mungkin. Tapi kalau orang tu tak ego?

Saya: Kalau tak ego, InshaAllah dia terima.

Kawan: Ermm. Maksud aku, selain dari sebab ego. Ada sebab lain tak kenapa ada orang susah nak dengar nasihat kita?

Saya: Mungkin cara kita nasihat kasar? Dia susah nak terima.

Kawan: Mungkin. Tapi, kalau kita dah nasihat elok-elok. Dah lembut. Dah berhemah. Tapi dia masih susah nak dengar, kenapa ya?

Saya: Mmm. Mungkin sebab kita tak ikhlas?

Kawan: Tak ikhlas? Maksud kau?

Saya: Maksud aku, mungkin dalam kita menasihati kita kurang ikhlas ataupun tak ikhlas. Inilah yang selalu kita terlepas pandang. Bila kita diminta nasihat, kita mungkin akan merasa kita ini lebih, kita ini baik, lantaran orang lain meminta nasihat kita. Kemudian, bila kita beri nasihat, kita mungkin akan timbul rasa berbangga dan tidak ikhlas. Allah. Astaghfirullah....

Kawan: Oh..

Kawan diam dan merenung panjang. Wajahnya muram. Saya memandangnya lama. Seketika dia bersuara.

Kawan: Hmm. Ye la. Mungkin sebab tak ikhlas.

Saya: Janganlah sedih. Kita cuba ya. Cuba untuk selalu ikhlas. Bukan senang nak ikhlas, tapi kita cubalah.

Kawan: Ye InshaAllah. Hmm.

Saya: Hmm. Kita selalu rasa orang yang kita beri nasihat tu yang salah sebab tak dengar nasihat, tapi kita lupa yang mungkin kerana ketidakikhlasan hati kita dalam menasihati menjadi penyebab kenapa nasihat kita tak didengar. Kan?

Kawan: Ye. Betul tu. Jangan rasa lebih. Itu sebenarnya. Setiap kali menasihat, kita kena selalu rasa rendah diri.

Saya: Ya. Tepat dan benar.

Kawan: Allah...

Saya senyum. Mari muhasabah diri. :')



Sebar Bahagia. ♥

Wednesday, February 27, 2013

Yang bagaimana calonmu?


Seorang kawan gembira memberitahu saya perihal calon suaminya,

"Dia memang ada ciri-ciri lelaki yang baik." katanya.

Saya senyum, "Iye? Apa yang baiknya?"

"Dia memang baiklah, semua yang perlu untuk seorang suami, dia ada. Dia pandai jaga baby, dia pandai masak, dia pandai kemas rumah, dia baik dengan perempuan. Lepas tu, dia kerja bagus, dia berkaliber, dia penyayang, dia baik hati."

Oh. Saya senyum lagi, "Bagusnya dia ye."

Kawan saya kelihatan sedikit gembira mendengar kata-kata saya dan menambah, "Ya.. dia baik sangat. Memang akan jadi suami yang baiklah."

Saya memandangnya dan bertanya, "Agamanya macamana?"

Kawan saya tiba-tiba sengih. "Eh. Yang tu tak pula tahu sangat agamanya."

Saya diam senyum dalam hati dan minda saya menerawang berfikir.

Ini saya fikir,

Dalam memilih suami, kenapa perihal dunia yang diutamakan?

Yang baik, yang hebat, yang penyayang, yang kuat kerja, yang pandai, yang dunia dan dunia dan dunia...

Kenapa agama dibelakangkan?

Kenapa tidak agama yang menjadi 'Screening tool'?

Hairan melihat manusia zaman ini.

Berkahwin kerana apa ya agak-agak?

Kerana ia fitrah saja kah?

Kerana orang lain kahwin dan saya perlu kahwin?

Kerana itu lah kitaran kehidupan manusia?

Begitu??

Persepsi dan pandangan saya yang hina,

Jauh dan jauh di lubuk hati dan jiwa saya,

Berkahwin itu cuma ada satu sebab,

"Berkahwin kerana Allah, kerana penghidupan Akhirat."

Saya 'berangan-angan' punya suami yang agamanya BAIK untuk saya 'hadirkan' di hadapan Allah. Mahu saya khabarkan pada Pencipta saya dan andai saja mampu saya katakan begini,

"Ya Allah. Inilah dia suamiku. Inilah dia penemanku di dunia dan di Syurga untuk selama-lamanya."


:)

Monday, February 25, 2013

Aibku dan Aibmu


Suatu petang, saya dan kakak bermakan petang di sebuah restoran.

Ketika itu, kami sedang menunggu pesanan makanan kami. Sedang kami berborak-borak, tiba-tiba kakak memberi isyarat pada saya dan mengarah pandang sesuatu di hadapan kami.

Saya mengikut isyarat itu.

Oh. Itu. Saya diam terkelat dan mengalih pandang.

*Apa yang kami lihat?*

Hmm. Di hadapan kami, ada sepasang lelaki dan perempuan. Perempuan itu remaja lagi dan memakai baju sedikit singkat sehingga menampakkan sebahagian aurat pinggangnya.

Kasihan. Dia sudah elok bertudung, tapi ada yang sepatutnya tertutup jadi terbuka.

Saya memandang kakak dan kakak memandang saya.
Tidak komen lebih-lebih, hanya istighfar bertandang di hati.

Namun, apa yang saya mahu kongsikan sekarang adalah apa yg saya fikir setelah peristiwa itu.

"Aib."
Ya, aurat si gadis yg tersingkap itu tadi adalah aib dirinya.

Allah melihatkan aibnya pada kami.
Saya terfikir, itu aib yang tersingkap, bagaimana pula aib yang Allah tutup?

Hmm. Melihat gadis itu membuat saya kembali merenung diri sendiri.

Mungkin saja orang lain yg melihat saya, tidak melihat aib diri saya yg terzahir (contoh: aurat).
Tapi 'aib' yg tertutup? Terlindung?
Siapa tahu?

Maksud saya seperti dosa-dosa kemaksiatan yg dilakukan.

Ikutkan, saya ada 'peluang' untuk menipu, ada 'peluang' untuk berpura-pura.
Kerana apa?
Orang lain tidak melihat 'aib' saya itu, orang lain tak melihat 'jelek' atau buruk diri saya.

Ya. Saya boleh menipu jika saya tidak menyakini adanya Allah yang melihat, adanya Allah yang menilai.

Dan kerana itu, wujudnya golongan munafik. Yang berpura-pura.
Astaghfirullah. (mohon dijauhkan. :( )

Begitu juga dengan perasaan 'diri baik',
bila melihat salah orang lain, kita cenderung menghentam mereka, memaki 'golongan yg salah dan berdosa' itu.
Kita kata mereka salah itu ini, mereka berdosa itu ini.
Padahal, kita lupa, kita juga punya aib dan dosa yang tertutup.

Astaghfirullah. :(

Allah...
terkadang, orang yg Allah lihatkan aibnya adalah untuk Allah beri 'didikan' dan 'teguran' secara langsung.
Hakikatnya, Allah menyayangi mereka.

Allah...
terkadang juga, orang yg Allah tutup aibnya adalah untuk Allah beri peluang pada mereka bertaubat dan baiki diri dengan segera.
Ya, Allah juga sangat menyayangi mereka.

Nampak tak? Apa saja yang Allah takdirkan, semuanya kerana Allah sayang.

Jika kita terus bersangka baik pada Allah, kita akan terus merasa disayangi, Samaada kita rasa aib kita ditutup, atau aib kita tersingkap.

Fahamilah, semua bersebab. Semua punya hikmah.
Jika kita benar berfikir. :)

Oleh itu, saya nak ajak semua sahabat untuk memandang diri dalam orang lain.

Tengok salah orang, check salah sendiri.
Tengok aib orang, check aib sendiri.
Orang lain tak sempurna, kita juga tak sempurna.
Orang lain berlumur dosa, kita juga berlumur dosa.

Kita semua sedang usaha jadi baik.
Masing-masing kena jaga dan tutup aib masing-masing.
Saya jaga awak, awak jaga saya.
Aib saya, aib awak.

Kita saling memerlukan.
:)

Moga bermanfaat.
Sebar Bahagia! ♥

Sunday, February 24, 2013

Beza


Assalamualaikum :)

:: beza yang mengharmonikan ::

Selepas beberapa bulan bernikah, saya ada tanya suami saya. 
"Apa perasaan pertama kali sentuh tangan saya sewaktu majlis pernikahan?"

Tersengih saya dengar jawapan suami saya. ;)
Dia kata, dalam hati dia, dia terdetik ini:

"Oh. Lembutnya tangan."

Huhu. 
Kemudian, suami tanya perasaan saya pulak. 

Saya?
Saya terdetik ini:

"Ehhh. Dah boleh pegang ke ni? Serius bolehh? Betul boleh?? Wahh, ajaibnya."

Hehe. 

Perempuan & Lelaki,
pemikiran yang jauh beza. 
Perempuan fikir itu, Lelaki fikir ini. 

Beza. 
Sentiasa beza.

Dan kerana beza itu akan wujudnya harmoni,
antara lelaki & perempuan.

Unik kan?
MashaAllah. 

:)

Ada yang tak faham?
Takpe, nanti fahamlah. 
Belajarlah memerhati dan berfikir. 

;)

Sebar Bahagia!

Friday, February 22, 2013

Memanfaatkan Melatah


Assalamualaikum. :)

Melatah.
Awak melatah?

Saya melatah.
Tapi tak teruk dan tak berpanjangan.
Setakat akan mengeluarkan perkataan bila terkejut.
Ermm, adakah itu dikira melatah?

;)

It's normal. Kot. Kan?
Maybe.

Ok, pada entri kali ni, saya cuma nak kongsi, tips untuk istiqomah bercakap perkataan yang baik-baik.
Pernah tak awak semua melalui pengalaman dimana 'tersiksa' untuk menghilangkan tabiat bercakap benda yang tak baik?

Tak pernah?
Ke tak perasan?
Ke memang tak mahu perasan?
Hehe. Mana-manalah. :)

Okay, maksud saya, perkataan-perkataan 'biasa' (yang kita anggap biasa, tapi sebenarnya tak beri manfaat) yg selalu kita tuturkan secara sengaja atau tak sengaja menjadi habit kita tetapi pada masa yang sama, kita nak hilangkan. Sedikit demi sedikit.

Tapi....susah nak hilangkan.

Contoh?

Bila terkejut, kita sebut "Oh mak nenek kau." , "Opocot mak kau" , "Cilake..", "Adooiii" , etc.
Bila suka atau excited sangat "Best gilerrr", "Cantik gilerrr" , "Mantap siot..." , etc.

Dan lain-lain.

Pernah tak alami perasaan yang awak nak hilangkan perkataan macam tu dlm kehidupan awak?

Hmm, kalau pernah, meh saya nak kongsi satu tips macamana nak hilangkan dan istiqomah cakap benda baik.

:)

Tipsnya mudah je. Kita manfaatkan melatah. :)

Mulakan pada saat ini, hari ini, Pertama, bila awak terkejut atau melatah, berselawatlah. Ucapkanlah salawat ke atas nabi. :)

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Boleh? :)

Pernah dengar orang berselawat bila terkejut? Ha, cubalah. :)
Saya dan suami mengamalkan itu. MashaAllah, best. :)

Kemudian, selain daripada salawat, awak juga boleh ucap "Innalillahiwainnailaihirojiun" bila terkejut. Yang ni, lebih pada kalau terjatuh ke, tersadung ke, pendek kata yang melibatkan kemalangan tak kiralah kecil ke besar.

Ucapan ni tak semestinya ada kematian ke baru ucap. :)
Kalau pinggan terjatuh pecah pun kita boleh ucap. :)

InshaAllah, ia akan mengingatkan kita kepada fitrah yang kita ini datang dari Dia dan akan kembali pada Dia. :)

Selain daripada dua ucapan tu, melatah lah perkataan baik-baik yang lain macam "Allah" , "Astaghfirullah" , "Allahuakbar" , dan lain-lain. :)

InshaAllah, bila kita biasakan sebut nama Allah, kita akan automotically ingat Allah dan secara tidak langsung akan menghindarkan kita dari sebut perkataan yang takda manfaat.

:)

So, kita akan 'terkawal' dari tidak menyebut perkataan-perkataan buruk tadi. :)
Sebab apa? Sebab kita ingat pada Allah :)

Mudah kan?

Oh ya, kenapa kita kena hilangkan perkataan-perkataan yang takda manfaat tadi tu?
Sebab, perkataan yang takda manfaat tu hanya akan menghitamkan hati kita, dan membuatkan kita jauh dari Allah.

Astaghfirullah. Tak mau lah. Kan?
Kita nak dekat-dekat dengan Allah je. :)

Alhamdulillah :)

Boleh ikut?
InshaAllah. :)

Saya dah cuba dan ianya Alhamdulillah membuatkan saya istiqomah untuk cakap benda baik dan mengelakkan saya cakap benda tak baik. :)

Saya pun lebih terdidik macam ni bila melihat indahnya akhlak suami saya yang sentiasa bersalawat bila terkejut. ;)
Alhamdulillah :)

Oh ya, ini cuma saranan dari saya, bukan dari hadis, bukan dari siapa-siapa.
Saya kira ini benda baik yang boleh dikongsi bersama :)

Moga ada manfaatnya untuk semua.
InshaAllah :)

Sebar Bahagia!

Wednesday, January 16, 2013

Dapatkan atau Tinggalkan


Entri khusus untuk yang masih belum bernikah. :)

Usah berkeringat memikirkan siapa jodoh kita. Usah berpening kepala memikirkan bila datangnya jodoh kita.

Yang perlu kita serabutkan fikiran kita adalah bagaimana untuk kita jadi soleh ataupun solehah.
Itu saja.

:)

Bukan kejar jodoh, tapi biar jodoh kejar kita.
Bagaimana tu?

Anggaplah jodoh sedang mengejar kita, kita cuma duduk diam-diam persiapkan diri jadi superb.
Bila tiba masa dan ketika, barulah kita bersatu dengan jodoh yakni bernikah.

So, maksudnya tak payah usaha cari suami / isteri ?

Haa... di sini ada kesalahfahaman.
Bilamana kita mempersiapkan diri, itu bermaksud kita sedang usaha dalam urusan jodoh.
Yakinlah dengan janji dan ketetapan Allah. :)

InshaAllah, dalam 'persiapan' kita itu, Allah akan hadirkan jodoh yg baik sepertimana kita. :)
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. :)

Dapat?
Alhamdulillah. :)

Kalau dah jumpa bagaimana?
Seperti mana saya katakan dalam tajuk entri ini,
"Dapatkan atau tinggalkan."

Ingat, bila seorang lelaki itu benar-benar bersungguh, dia akan mendapatkan seorang wanita untuk dijadikan isteri itu dengan cara yg betul dan dengan penuh kesungguhan.

Lelaki yg baik tidak akan melengah-lengahkan waktu.
Lelaki yg baik tidak akan menganggu hati wanita yg ingin dinikahinya dengan cara yg baik.

Jadi, jika benar bersedia, dapatkanlah wanita itu dgn cara yang telah disyariatkan.
Jumpa walinya, lakukan proses bernikah dan bercintalah sampai syurga. :)

Jika masih belum bersedia, masih tak yakin, masih was-was, masih mahu masa yg panjang, maka tinggalkanlah.

Tinggalkanlah sebentar. Persiapkan diri sehensemnya sebelum berani berdepan untuk jalan pernikahan.
Please, jangan ganggu hati wanita, jangan kocakkan hati mereka dengan bunga zina.

Jika tak mahu, jangan dekat.
Jauhkan dirimu.
Jangan sampai terkena duri.

Ingat duhai pemuda dan juga muslimah kesayangan?
Pelihara hati kita sebelum bernikah, kerana itu akan menjadikan siapa kita selepas bernikah.

Hakikatnya, pernikahan ini bukanlah pengakhiran tetapi awalan sebuah perjalanan yang jauh lebih panjang.
Jalannya jauh lebih berliku.

Bersediakah?

:')

Sebar Bahagia!

Perlu Bantuan dan Bantuan. Siapa?


Hari ini, seperti hari-hari kebiasaan, saya masak untuk makan tengahari suami. :)

Saya dengan bersemangat mahu menyediakan menu ayam goreng berempah di samping sayur campur masak lemak.

Habis je buat ayam goreng berempah, tetiba saya teringat sesuatu.

"Allah..!!!"

*memek muka menunjukkan perasaan alamak melampau*

Huhu. Saya lupa letak garam untuk ayam tu!
Kenapa lahhh boleh lupa!?

Kejap saya cubit sikit dan try. *Erk. Takda rasa!*

Saya pun macam cuak gitu. Lepas tu, fikir punya fikir, saya pun mengambil langkah pantas sebab kejap lagi suami balik, saya decide untuk buat 'sambal suka hati' kat ayam tu untuk bagi rasa.

*Pung pang, pung pang.* Tadaaa! Jadilah 'Ayam Suka Hati Nur'. :D

'Sambal suka hati' tu saya salut kat ayam lepas tu tutup ayam tu dalam bekas, konon-konon nak bagi meresap dengan harapan ketidakadarasaan ayam tadi lesap dengan kehadiran Cik 'Sambal Suka Hati' yang comel.

InshaAllah Aminn.. Hehe. ;)

Dan, bila suami balik kemudian memakan makanan tengahari, dia sukaaa sangattt kat ayam tu. Allahu, siap menyisip jari! :D

Saya pun asyik tanya kat suami: "Betul ke sedap? Ni betul-betul sedap ke saja nak sedapkan hati?"

Suami: "Betul-betul sedap."

Saya: "Ayam tu ada rasa tak?"

Suami: "Ada... sedap sangat..."

Saya pun Ermm, makan jap ayam tu dan saya pun takjub!
Allah, Sedapppnyeee. (Ok puji diri sendiri.Hehe.)

Saya pun ucap syukur banyak2 dalam hati. Syukurlah semua berjaya. Hehe. :)

Apapun, sebenarnya, saya nak bawakan sesuatu hikmah dari peristiwa ayam saya ni. :)

Hikmah yg saya dah ceritakan dekat suami semasa makan tadi. :)

Macam ni,masakan ayam tadi tu ibarat kehidupan kita sebagai manusia dalam apa jua keadaan.

Ayam tadi jadi takde rasa sebab takde garam.
Tapi bila disalut dengan sambal suka hati, ayam tadi menjadi sangat sedap dan ummphh!
Pada asalnya, ayam tadi gagal menjadi menu yg sedap tapi kemudian ayam tu berjaya menjadi menu yg berjaya dgn kehadiran cik sambal. :)

Macam kita,
contoh seorang pelajar,
mungkin seorang pelajar gagal dalam pelajaran disebabkan dia takpandai, tak de nilai istimewa yg tercungkil dalam diri.
Tapi, bila dibantu dengan faktor luaran, ada bantuan dari guru, ada sahabat yg meneman, ada ibu bapa yg menyokong, pelajar tadi boleh berjaya dengan cemerlang. :)

Kan? :)

Ya, kita tak mampu berjaya dengan sendiri, kita perlukan bantuan.
Bahkan, bantuan terpenting iaitu dari Allah. :)

Takde garam, ada 'sambal suka hati'.
Takde akal yg cerdik semulajadi, ada sokongan dan bantuan orang tersayang.

Pastinya, kita boleh berjaya.
Asalkan, kita ada doa dan usaha. :)

Lagi satu hikmah,
bila kita berhadapan dengan sesuatu yg kita rasakan 'kegagalan', usah berundur dan mengaku kalah dulu,
bangkit seketika dan cuba lagi semampu yang boleh.
Kejayaan itu pasti akan datang. InshaAllah. :)

Macam ayam saya tadi, kalau saya 'mengaku kalah', saya akan hidangkan ayam goreng berempah takda rasa pada suami saya.

Tapi tidak, saya bangkit (cewah), saya hadirkan cik 'sambal suka hati' untuk menyinari ayam saya. Hehe. :)
Dan Alhamdulillah, ianya berjaya! :)

Ha, comelkan hikmah Allah bagi pada saya, pada kita.? :)

Syukur Alhamdulillah. :)

Oleh yang demikian,
marilah kita ucap sukur banyak-banyak pada Allah kerana beri nikmat yang TERLALU BANYAK pada kita. :')

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?"

:)


Jadi, siapa yang perlu bantuan dan bantuan? 
Siapa lagi kalau bukan KITA? 

:)

Sebar Bahagia! ♥


p/s: ini kisah lama yang saya re-post daripada facebook Hanya Sementara dengan tajuk Kisah Saya dan Ayam Suka Hati. Harap dimaklumi. :)

Tuesday, January 1, 2013

Dialog Solat VS Tutup aurat.


A : Walaupun aku tak tutup aurat, aku tetap solat. Aku tak pernah tinggalkan solat.

B : Oh macam tu eh. 

A : Awak tak tahu ke amalan pertama yg dinilai adalah solat. Kalau tutup aurat tapi tak solat, apa gunanya. Kan?

B : Ermm. Tak.

A : Kenapa tak pulak?

B : Awak lupa sesuatu. Yang penting.

A : Apa dia? *muka bengang*

B : Menutup aurat adalah salah satu syarat sah solat. Kalau tak tutup aurat, tak sah solat.

A : Gulp. Tapi... tu dalam solat, bukan luar solat.

B : Awak solat, awak berhadapan dengan siapa?

A: Allah.

B : Allah ada kat mana?

A : Wallahua'lam. Ada kat mana-mana.

B : Jadi, kenapa tutup aurat masa solat je? Kita tahu, Allah kat mana-mana kan? Allah sentiasa lihat dan nilai kita. Kan?Kalau kita tutup aurat hanya dalam solat, itu seolah-olah kita hanya berada dalam penglihatan Allah ketika solat. Sedangkan? Kita tak pernah lepas dari pandanganNya.

A : *Double triple gulp*