Wednesday, April 6, 2016

Acidity Minyak Zaitun?


Acidity adalah antara penentuan kepada kualiti Minyak Zaitun.

Minyak Zaitun yang dilabel EVOO (Extra Virgin Olive Oil) mempunyai kadar a
cidity di bawah 0.8. Jika acidity antara 0.9-2.0, minyak ini di panggil Virgin Olive Oil.

Ramai yang bertanya, kenapa Minyak Zaitun keluaran Olive House tidak ditulis kadar 
aciditynya?


Jawapannya:


Kita tidak mampu menyakinkan paras asiditi yang sama pada minyak zaitun kerana kemungkinan ianya 0.5, boleh jadi 0.3 dan boleh jadi juga 0.1 (paling terbaik). 


Semua ini bergantung pada beberapa faktor seperti geologi tanah, suhu, cuaca/iklim, jangka masa/waktu petik buah zaitun hingga ke proses perahan buah zaitun dan lain-lain lagi. Jadi, itu adalah antara sebab kenapa kami tidak meletakkan kadar aciditynya.

"hanya pembekal minyak zaitun dari Morocco yang boleh menentukan kadar acidity Minyak Zaitun keluaran mereka iaitu 0.1 setakat ini kerana ladang yang diurus sendiri oleh mereka dan tempoh proses dari buah yang dipetik dan diperah tidak boleh melebihi 24jam"

"kita faham dengan mudah, jika disebut Minyak Zaitun Extra Virgin, ianya sudah dianggap sebagai gred A kualitinya !!"

- Ust Aidil Azwal
Pengarah Urusan

Oleh sebab itu, gred pada Minyak Zaitun akan jatuh apabila terdedah kepada cahaya dan kepanasan. Selain itu, faktor tambahan apabila kandungan gas Oksigen tidak dikeluarkan dari botol sewaktu pembungkusan. Ini menyebabkan apabila diuji dalam tempoh yang lama dibotolkan, sesetengah khasiat yang diperlukan tubuh badan telah hilang. 


Jadi, alternatif lain telah diambil untuk memasukkan gas Nitrogen (singkir Oksigen) bagi menjamin khasiatnya supaya tidak hilang. Kaedah ini hanya digunakan pada produk keluaran Olive House sahaja dan kosnya juga agak tinggi.

Hakikatnya, kepada mereka yang ingin mendapatkan khasiat yang optimum dan terbaik pada Pati Minyak Zaitun ini, perlulah dihabiskan pemakanannya dalam masa tidak kurang daripada 2 bulan.



sumber: http://oliveasli.blogspot.my/2015/01/apakah-itu-acidity-minyak-zaitun.html

1 comment:

  1. Kalu baca dlm Google mesti buat label juga. Tapi dgn simbol <0.8 gitu contohnya

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!