Sunday, April 17, 2016

Kenapa Botol Jernih?


Baru baru ini ada yang mempertikaikan kenapa botol kaca Minyak Zaitun Olive House jernih dan tidak gelap seperti yang diterangkan dalam ciri ciri Gred A pati minyak zaitun.


Jangan risau, hari ini Bayati Olive House akan jelaskan. 


Sebab botol minyak zaitun berwarna jernih adalah supaya minyak zaitun dapat dilihat dengan jelas untuk menunjukkan yang minyak zaitun Olive House tidak ditapis.


Jadi,bagaimana dengan khasiat minyak zaitun? Bukankah minyak zaitun sensitif pada cahaya dan kepanasan?


Baik, disebabkan botol kacanya jernih, Olive House telah menyediakan kotak untuk diletakkan pati minyak zaitun itu.


Bahkan kami di Bayati Olive House sentiasa menasihatkan pelanggan kami supaya mengendalikan / menyimpan pati minyak zaitun dengan betul. 


Selepas digunakan, pati minyak zaitun hendaklah diletakkan kembali ke dalam kotaknya dan diletakkan ditempat yang jauh dari kepanasan dan cahaya untuk mengekalkan khasiat minyak zaitun.




Ok, menjawab soalan tak?

Semoga bermanfaat untuk semua :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!