Friday, April 8, 2016

Aktiviti Bayati Olive House


ALHAMDULILLAH.
Walaupun diuji dgn pelbagai cabaran, aktiviti team Bayati Olive House (BOH) yang diketuai oleh pengurus agen sabah yang amat dsayangi, Puan Elsie ke Majlis Reunion Pusat Latihan Dakwah Kudat telah berjaya dlaksanakan.

Perjalanaan dari kunak ke utara Sabah (Pusat Latihan Dakwah Sikuati Kudat) memakan masa hampir 10jam, dengan anak anak yang msih kecil, semuanya cukup mencabar dan menguji kesabaran.

Tambahan dengan masalah tersesat mencari tempat tujuan dan menjumpai jalan buntu sehingga hampir 2 3 kali berpatah balik, keadaan jalan yang amat sunyi dan gelap, waze off , gps undetected, dan macam macam lagi. Namun, dengan rahmat dan kasih sayang Allah..akhirnya semua berjaya diharungi. Alhamdulillah.

Semua kami lalui hanya kerana satu hasrat yg amat besar..mahu memberi dan menyebarkn manfaat quranic food ini pada seluruh rakyat Sabah khususnya.


Malam 1 April 2016.

Puan Elsie beri pengenalan tentang Quranic Food & Olive House. Peserta program dalam kalangan pelatih PLDK yang berjumlah hampir 250 orang termasuk pensyarah dan pelatih dari pelbagai kaum.



Aktiviti memberikan hadiah kepada 10 orang bertuah yang mengisi borang maklum balas selepas ceramah. Respon dari audiens sangat memberangsangkan. Alhamdulillah!


Aktiviti pagi 2 April 2016. 
Kami memberi penerangan tentang produk Olive House kepada yang berminat.




Semoga LEBIH RAMAI orang yang akan mengamalkan Quranic Food ini. 
Amin....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!