Wednesday, March 30, 2016

Lemak???



Pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang TIDAK @ KURANG BERLEMAK & BERMINYAK? Benarkah?

Tahukah anda lemak adalah komponen yang sangat penting kerana setiap sel kita yang berjumlah lebih kurang 37 trillion ini terdiri daripada komponen LEMAK SEBAGAI DINDING
Lemak adalah sumber tenaga yang sangat penting untuk otak selepas glukosa dan sesetengahnya mengatakan paling penting lebih dari glukosa. Subhanallah!

Lemak amat penting bagi memastikan badan dapat meyerap semua vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K yang sangat penting dalam fungsi fisiologi tubuh. 

Lemak juga adalah unit asas untuk badan kita membuat hormon dan neurotransmitter agar fungsi dan ketajaman otak akan berlaku secara baik. MashaALLAH!

STRUKTUR OTAK ITU SENDIRI BANYAK TERDIRI DARI LEMAK. Adakah anda SEDAR akan semua fakta ini selama ini?


Barangkali kita sudah biasa mengajar dan mengiyakan mitos tentang lemak. 
Bila melihat orang lain menghidap serangan jantung dan stroke kita mula membayangkan tabiat makannya yang penuh makanan berminyak.

Persoalan sebenarnya adalah bukan minyak secara umum tetapi zaman ini kita patut mempersoalkan JENIS MINYAK YANG KITA GUNAKAN.

Minyak yang baik memberi seribu satu kebaikan pada tubuh dan sebaliknya minyak yang buruk memberikan seribu satu kemudaratan pada tubuh.

Dalam diet kita hari ini APAKAH SUMBER LEMAK DAN MINYAK KITA SEHARIAN?
Ianya datang dari minyak masak yang diproses dengan caustic soda, marjerin yang kaya dengan ‘trans-fat’ atau minyak terhidrogenisasi (hydrogenated fat), ayam yang disuntik hormon dan vaksin, ikan yang telah diletakkan ubat dan pelbagai lagi sumber lain yang memang pasti memudaratkan. 


Jadi , BAGAIMANAKAH BADAN KITA MAMPU UNTUK SIHAT?

Sudah tiba masanya di celah-celah kemajuan industri dan teknologi yang membingungkan, KITA KEMBALI KEPADA ALLAH dengan mengembalikan kehidupan kita kepada sunnatullah.

Sesungguhnya agama Islam ini sudah lengkap dan tidak memerlukan olahan atau tambahan lagi. Ciptaan Allah itu sebenarnya sudah sangat sesuai dengan tubuh badan manusia ciptaanNya.

Allah telah menciptakan sejenis tumbuhan yang memang dicipta khas untuk menghasilkan minyak maka adakah minyak yang lebih baik darinya? ITULAH MINYAK ZAITUN.


Satu-satunya minyak yang disebut dalam Al-Quran. BEGITU SUSAHKAH KITA UNTUK MENILAI?

Bagi yang berminat untuk berfikir, marilah bersama-sama kita teliti kandungan minyak zaitun : Asid lemak monotaktepu (paling tinggi), bahan antioksida (hydroxytyrosol, tyrosol), bahan anti inflamatori(oleoropein, oleocanthal), asid lemak tepu, asid lemak politaktepu(omega 3 dan omega 6) dan banyak lagi.

Bagi mereka yang tertanya-tanya tentang lemak tepu dan menganggap ianya berbahaya, haruslah diketahui bahawa komuniti sains sekarang ini sedang cuba membersihkan diri mereka dari dongeng lemak tepu yang dikatakan bahaya sejak berpuluh tahun.

Lemak tepu dari unsur semulajadi adalah bermanfaat untuk tubuh dan kekurangan lemak tepu dalam diet seharian boleh menyebabkan banyak masalah.

Agaknya boleh disimpulkan di sini bahawa mungkin SANTAN yang selama ini menjadi penyelamat masyarakat kita kerana itu satu-satunya sumber lemak tepu semulajadi yang masih diamalkan dengan meluas.

Apakah akan terjadi sekiranya kita kekurangan asid lemak dalam tubuh?
Kulit akan menjadi kering dan bersisik, keguguran rambut, luka pada tubuh akan lambat sembuh,masalah gangguan kognitif seperti nyanyuk dan pelupa, masalah kemurungan (depression) ,gangguan kitaran haid, kesakitan pada sendi,  masalah kesihatan mata, lemah sistem imun untuk melawan jangkitan , lemah pada fungsi jantung ,lemah tulang dan gigi dan masalah darah yang sukar beku.

Melihat kepada pelbagai masalah yang disebabkan oleh kekurangan lemak dalam tubuh, tidak hairanlah sebegitu banyak masalah kesihatan yang dapat diselesaikan dengan pengambilan pati minyak zaitun terutamanya yang tidak ditapis , perahan sejuk dan organic (dengan izin Allah).

Minyak zaitun sebenarnya adalah makanan dan bukannya ubat dan kepada para doktor, diharap dapat membezakan ubat dan makanan. Makanan mempunyai struktur kimia yang kompleks yang memenuhi pelbagai faset fungsi tubuh berbanding ‘drug’ yang hanya mempunyai molekul ringkas yang mudah. 

Jadi minyak zaitun memang patut dijadikan sebagai satu ‘kemestian’ dalam panduan menuju gaya hidup sihat. Semestinya.

Wallahu a’lam.

Sumber: Dr Hafizah binti Amanulla (http://www.olivehouse.my/web/index.php)


IKLAN:



 Kami di Bayati Olive House ada menjual pelbagai produk yang sangat baik untuk kesihatan seperti Pati Minyak Zaitun, Sari Cuka teen, Buah teen, Jus delima dan macam macam lagi.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh hubungi kami : 
Puan Nur - 017 862 3537
Puan Sitti - 016 804 6544

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!