Thursday, August 3, 2017

MAKANAN BERASASKAN QURAN?




MENGAPA PERLU PENGAMBILAN MAKANAN SUPER / MAKANAN BERASASKAN QURAN?
.

Dunia yang kita diami hari ini bukanlah dunia yang sihat sebagaimana puluhan/ratusan tahun yang lampau. Kemajuan yang berlaku membawa bersama keburukan yang mana sering diabaikan dek kerana hasil yang menjadi keuntungan menjadi kiblat utama.
.

Tidak dinafikan pengambilan makanan yang berkhasiat & seimbang setiap hari mampu mengekalkan tahap kesihatan individu. Namun sejauh mana kita dapat memastikan pemakanan harian kita betul-betul sihat & seimbang tanpa sokongan dari 'functional food'?
.

Teknologi hari ini sehingga mampu mengubahsuai secara genetik tumbuhan & binatang untuk tujuan mendapatkan hasil yang diimpikan. Penggunaan baja kimia dan racun pesticide yang berbahaya menjadi amalan Pertanian moden. 
.

Hasil tani ini tidak lagi 100% selamat malah tidak dapat menampung keperluan antioksidan tubuh. Lebih buruk, untuk pendedahan jangka panjang, ia pencetus kepada kanser.
.

Penduduk Mediterranean suatu ketika dikenali dunia sebagai penduduk yang paling sedikit mengalami masalah berkaitan jantung. Ia ditunjangi gaya hidup pemakanan tinggi lemak sihat (Minyak Zaitun) dan pengambilan serat (gandum, barli dll) yang kaya antioksidan. 
.

Tetapi apabila makanan proses (fast food) acuan barat mula diperkenalkan dan menjadi pilihan masyarakat dunia kerana cara hidup moden yang semuanya mahu pantas & cepat. Akhirnya menjadikan penduduk Mediterranean tidak lagi sihat seperti sebelumnya. Pesakit jantung tiba-tiba meningkat secara mendadak. Begitu juga dengan kes-kes kesihatan yang lain meningkat mendadak.
.

Apabila dikaji, ternyata corak pemakanan barat yang tinggi kalori dan lemak trans serta bahan sintetik menjadi punca. Berbanding diet asal Mediterranean yang sihat kerana kaya antioksidan, lemak sihat, tinggi fiber dan juga sayuran organik.
.

Tanpa perlu melihat lebih jauh, lihat sahaja ibu ayah atau atok nenek kita yang masih mengekalkan gaya hidup kampung yang menolak makanan proses. Yang masih bercucuk tanam dan memelihara ayam itik dan kambing untuk makanan sendiri. 
.

Setiap hari bertukar-tukar selera memetik daunan untuk dibuat ulaman. Mereka ini hidup sihat walau umur telah lanjut. Berbeza dengan kita di bandar yang kerap mencuba mendapatkan MC saban bulan.
.

Maka tidak hairan apabila hari ini masalah jantung seawal 20an boleh kita temui. Diabetis pada kanak-kanak seawal umur 9-10 tahun. Obesiti pula pemandangan biasa, bukan lagi satu kepelikan dalam masyarakat. 
.

Penyakit sudah tidak memilih usia tua. Selusuri sahaja dinding muka buku kita hari ini dan pasti terjumpa keluhan ibu ayah yang anaknya mengalami pelbagai masalah kesihatan.
.

Semua ini bermula dengan pemakanan dan menjadi lebih parah apabila kita hidup dalam persekitaran yang tercemar. Makanan yang kita makan setiap hari bukan lagi organik yang tinggi antioksidan, vitamin dan mineral. 
.

Corak pemakanan yang kerap memilih daging (ayam, lembu) dalam menu harian memburukkan lagi situasi. Sistem tubuh dikerah bekerja berpuluh kali ganda lebih dari yang sepatutnya. 
.

Oleh itu, pengambilan makanan SUPER berasaskan makanan wahyu (dirakamkan Al-Quran) sangat wajar. Allah mencipta manusia. Allah tahu yang terbaik buat ciptaanNYA.
.

Ia bertujuan menampung keperluan multivitamin, mineral dan antioksidan yang tidak lagi mencukupi dari diet pemakanan harian. Kita boleh sahaja memilih dari ratusan produk yang berada di pasaran namun adakah memenuhi tujuan utama kita tadi?
.

Menjadikan Prof Dr Mohamed Faid sebagai rujukan utama mempertemukan kepada sumber-sumber makanan SUPER yang berkualiti. Beliau ahli dalam bidang Nutrisi. Menguasai Sains dan dalam masa yang sama Al-Hafiz. 
.

Hampir pasti setiap kata-kata yang disampaikan akan mengambil Al-Quran sebagai rujukan. Diterjemah dalam ayat-ayat Sains sebagaimana Al-Quran itu difahami mengikut tahap kebijaksanaan siapa pembacanya.
.

Untuk itu, Minyak Zaitun Extra Virgin, Buah Teen, Cuka Teen, Jus Delima, Kurma menjadi pilihan. Kesemuanya dalam bentuk semulajadi. Tidak BERCAMPUR dan tidak dijadikan PIL atau sebagainya. Semuanya bersandarkan kajian puluhan tahun yang telah diiktiraf dunia.
.
.
.

*Olive House Rakan Kesihatan Anda*

Sama-sama kita amalkan gaya hidup Aafiyat

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!