Wednesday, August 15, 2012

Dialog: Si Tudung Labuh.


Kawan: Apa bezanya dia dengan aku?

Saya: Apa yang beza-beza ni?

Kawan: Takdelah. Tadi...aku tengok gambar kat Facebook. Gambar kengkawan aku.

Saya: Jadi?

Kawan: Hmm. Kawan-kawan aku yang tudung-tudung labuh dan berpurdah. 

Saya: Jaaadiii? (Blurr)

Kawan: Yelah. Tudung labuh, pakai purdah, tapi bergambar sana sini. Sakan. Posing macam-macam dari setiap sudut. Mata buntang je, buat gaya tak berperangai sopan yang sepatutnya.

Saya: Huh. Jadi, apa yang kau nak maksudkan dengan "apa bezanya dengan aku"?

Kawan: Hey ko ni Nur, slow lah.

Saya: Erkk. Sorry. 

Kawan: Maksud aku, aku kan biasa-biasa je. Aku ni tak bertudung, takdelah alim macam kawan-kawan aku yang lain. Tapi, aku takdelah nak upload semua gambar aku kat Facebook tu. Nak makan, tunjuk gambar. Lepas shopping, tayang gambar. Dalam kereta, tunjuk lagi gambar. 

Saya: Oh. Ada bezanya jugak tu. Kenapa kau kata takde beza?

Kawan: Haih. Yelah, apa bezanya aku dengan diorang semua, walaupun aku tak bertudung, tapi aku takdelah nak tunjuk semua gambar dalam Facebook. Aku takdelah nak cerita every single thing yang aku buat kat Facebook macam dia buat. Lepas tu, aku takdelah nak merapu, cerita benda-benda tak berfaedah pastu nak borak-borak kosong kat Facebook macam dia buat. Aku setakat tak pakai tudung je pun, aku still jaga adab sopan aku sebagi perempuan. So, apa bezanya aku dengan diorang?

Saya: Uh. Meluah betul kau ni.

Kawan: Mestilah. Aku tak suka tengok perangai diorang yang tak serupa dengan penampilan diorang. Tengok je bertudung labuh, tapi perangai? Ok lagi aku kot.

Saya: At least..mereka tak bukak aurat kann?

Kawan: Elleh. Tak bukak aurat, tapi tayang gambar macam tu tak mendedahkan diri pada fitnah ke? Bila dia upload gambar berpurdah dia dengan mata besar, orang akan komen, 'ala..comelnya mata, cantiknya mata, tengok mata pun dah tau cantik'. Ha, Camane tu? 

Saya: Hmm. Lagi?

Kawan: Lagi?? (Turn dia blurr)

Saya: Yep. Kau ada pape nak luahkan emosi kau lagi ke? 

Kawan: Er...takde dah kot. Tu jelah yang aku tak suka.

Saya: Siapa kita hendak menilai?

Kawan: Erk. (Diam seribu bahasa)

Saya: Mudah untuk kita menilai dan memberi hukuman kepada orang yang kita anggap salah. Tapi sebenarnya? Sudah tepat ke penilaian kita?

Kawan: Oooh. Kau nak start bagi ceramah lah ni.

Saya: Bukan ceramah. Tapi, peringatan buat hatiku yang selalu lupa.

Kawan: Yelah tu.

Saya: Daripada kita sibuk menyingkap kesalahan orang lain, apakata kita singkap dan risaukan kesalahan diri kita sendiri.

Kawan: Emm.

Saya: Sekurang-kurangnya kawan kau tadi sudah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan utamanya, menutup aurat. Kau?

Kawan saya tunduk tidak berani mengangkat muka.

Saya: Itulah kita. Kesilapan kecil orang lain mudah kita kesan, kesalahan besar kita? Kita tutup mata, butakan mata dan menganggap ianya biasa tiada apa-apa.

Kawan: Dahlah.

Saya: Terpulanglah pada kau. Yang pasti, tiada siapa yang berhak menilai seseorang melainkan Allah. Yang kita tahu cuma apa yang terlihat dan tersurat, yang tersirat? Kita tak tahu. 

Kawan: Eh. Aku cakap dah lah.

Kawan berdiri mahu meninggalkan saya sendiri.

Saya: Satu yang aku nak ingatkan kau, Aurat itu maruah. Bila kita tak menutup aurat, di mana maruah kita? Layakkah kita kata, kita ada maruah? Sedangkan kita sudah 'membuka' maruah kita?

Kawan: Yelah. Kau lah yang paling bagus.

Saya: Allah. Semoga Allah memahamkan dirimu.

Kawan: Apa-apa jelah.

Serentak itu, dia meninggalkan saya tanpa pamitan.

Hati menderu rasa sedih. Ya Allah, berilah hidayah kepada mereka yang memerlukan hidyahMu ya Allah.
Aku rayu dan aku rayu.

:'(

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!