Sunday, August 12, 2012

Luahan: Muslimah Solehah, Nikah awal?


Membacakan tajuknya saja, kawan-kawan pasti dapat menebak isinya. Kan?

Okay. Senyum-senyum dulu. :)

~Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pernah dengar persepsi sedemikian?
"Oh, dia nikah dah? Wanita solehah kann..mestilah nikah awal."
"Muslimah solehah selalunya nikah awal. Tahniah lahh.."

dan macam-macam lagi. Pernah? 
Kalau pernah, senyum. Kalau tak pernah, buat muka comel. Heee. ;)

Ermm. Siapa kata nikah awal itu petanda muslimah yang solehah?

Itukah penanda ukurnya??

Tak adil. Sangat tak adil.

Lalu bagaimana sahabiah yang memangnya solehah tapi tidak punya jodoh lagi untuk bernikah awal? Adilkah untuk dia?

Jangan, dan jangan kita sesuka hati menganggap begitu.

Solehah atau tidak, bukan nikah awal yang menanda ukur! Setuju?

Ingat, Allah lebih layak untuk menilai dan Allah lebih tahu dengan apa yang Dia takdirkan. 

Ada sebab Allah tak datangkan jodoh awal pada muslimah yang solehah. 

Ya, bersangka baik. :)
Bersangka baik dengan apa saja yang Allah takdirkan. :)

Mungkin saja, muslimah solehah itu jiwanya jauh lebih kuat menahan godaan berbanding muslimah yang bernikah lebih awal. Jiwanya terlalu kuat dan cintanya pada Allah terlalu dalam.

Dan, kebahagiaan bukan semata-mata hadir dengan pernikahan, kebahagiaan itu hadir dan sentiasa hadir tatkala hati kita terisi penuh dengan rahmat Allah. 

Allahu. :')
Itu sebenarnya. Kebahagiaan itu hanya Allah yang beri. 
Dan yang menilai solehah atau tidak itu Allah.
Bukan kita yang hanya mampu melihat zahir seseorang.

Hmm. Boleh tukar persepsi sekarang?
InshaAllah boleh ya. :)

Alhamdulillah. ♥

Nota muslimah: 
Saya juga belum menikah, maka tidak solehah kah saya?
Huhu..

Apapun, Mari mensolehahkan diri! 
Salam Sebar Bahagia! ♥

2 comments:

  1. assalam. saya pun dulu mempunyai persepsi begitu tp lama2 saya fikir tidak adil bagi yang lain. kahwin awal tidak semestinya solehah kahwin lambat tidak semestinya tidak solehah. jodoh maut semua ditangan Allah SWT. DIA dah aturkan yang terbaik untuk semua umat2 NYA :)

    btw, sy suka baca blog nie. simple tapi penuh pengisisan. moga Allah merahmati. salam ukhwwah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Yup. Begitulah sebaiknya, menentukan solehah tu cuma Allah yang layak. :)

      Alhamdulillah. Moga Allah redha. :)

      Delete

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!