Sunday, August 12, 2012

Ramadhan dan Menutup Aurat.


Bila bab puasa, mereka tahu banyak kelebihannya. Bila bab aurat, mereka buat-buat tak tahu akan kelebihannya.

Allahu.

Kawan yang baik semua, terutama bagi yang belum menutup aurat, ambillah kesempatan di bulan Ramadhan untuk tutup aurat sesempurna yang mampu.

Tutup aurat bukan sekadar bertudung ya.

Kalau awak sebelum ni dah comel pakai tudung, tapi kaki tak tutup, lengan tak tutup, baju sendat, etc,

AMBILLAH PELUANG kali ini, Ramadhan ini, untuk USAHA tutup aurat secomel-comelnya. 

Comel macamana?

Pakai tudung menutupi dada, pakai stokin tutup kaki, pakai lengan panjang tutup lengan, pakai baju longgar tak ketat, pakai seluar longgar tak sendat menyendat, pakai baju sebolehnya tutup punggung.

Ha, macam tu baru comel. :) ♥

Usahalah buat di bulan Ramadhan ni. Sebab apa? Sebab bulan Ramadhan ni mengujakan, bulan Ramadhan ni beri banyak aura positif bagi kita semua untuk buat banyak amal kebaikan.

Ermm. Kalau awak ada rasa tak ikhlas sedikit, TAK PE, teruskan je. 
Ya. Kadang-kadang, kita kena hipokrit sedikit, sebab bila nak buat amal kebaikan ni, semangnya akan ada suara-suara negatif dalam hati kita untuk menentang dengan alasan kita tidak ikhlas.

Jangan layan suara sumbang tu.
Biar saja perasaan tu. Jangan fikir panjang untuk lakukan kebaikan, redah je!
InshaAllah, Allah akan datangkan keikhlasan dalam hati kita sedikit demi sedikit. :)

Boleh?
Kita usaha, kita doa, kita laksanakan ya.
Istiqomah sepanjang sebulan ni dan kemudian Allah akan bantu kita untuk istiqomah selepas itu InshaAllah.

Moga awak, saya dan kita semua berjaya berubah menjadi lebih dan lebih baik setelah Ramadhan kali ini. InshaAllah.

Apapun, pesanan comel saya, ingatlah, kita ini Hamba Allah. Bukan Hamba Ramadhan. Jadi, apa saja yang Allah perintah itu MESTI kita lakukan dengan penuh rasa kehambaan. :')



Selamat 'Melayani' Ramadhan dengan sebaiknya. :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!