Sunday, August 12, 2012

Kisah: Saya dan Stairway to Heaven


Stairway to Heaven - Cerita Korea yang popular ni pastinya ramai yang tahu kan? Ke masih ada yang tak tahu? :)

Biasalah tu. Saya pun baru je tahu tentang cerita ni bila cerita ni ditayangkan di NT7.

Dalam cerita tu saya tertarik dengan betapa kuat dan beratnya cinta si pelakon perempuan (Jung Suh) pada si pelakon utama lelaki (Song Ju) tu. 

Betul ke namanya? Kalau tak betul, sila betulkan yek. Hehe. :)

Errmm. So, apa yang saya nak kongsi sebenarnya?

Macamni, ada satu scene dalam cerita tu dimana si perempuan (Jung Suh) menangis teresak-esak dengan teruknya sebab dia buta dan tidak akan mampu melihat wajah kekasih yang sangat dia cintai itu lagi.

Dia memarahi sekelilingnya, dan mengatakan betapa siksanya hati dan dirinya untuk menghadapi keadaan ni. Jung Suh setiap hari berusaha untuk mengingati wajah Song Ju dan dia merasa sangat tersiksa.

Kesian kan. Huhu.

Scene ni membuatkan saya mencetuskan rasa dalam hati saya.

Jikalau begitulah beratnya cinta manusia kepada manusia, apatah lagi cinta kita pada Allah.

Jung Suh merasa sangat tersiksa kerana tak mampu tengok muka kekasih yang sangat dia cinta dan rindu sedangkan cintanya sangat mendalam. Tidak kah itu menghiris hati? 

Cuba bayangkan, kalau kita sebelum ni celik boleh tengok muka mak ayah yang kita sayang, tiba-tiba Allah tarik nikmat mata, kita buta dan kita tak boleh lagi tengok muka mak ayah yang selalu kita rindu. 

Kita rindu, tapi kita tak dapat tengok dan tatap wajah mak ayah kita. Sedih kan? Sakit kan rasa hati? :'(

Sakit sungguh.

Nah. Apatah lagi cinta pada Allah?

Bilamana kita benar-benar rasa yakin bahawa Allah itu ada, Allah itu dekat, Allah itu memerhati. Tidak kah kita merasa sungguh tersiksa kerana tidak mampu melihatNya?

Tidakkah ia sungguh dan sungguh mencabar untuk terus mencintai Allah sedang kita tidak ada keupayaan untuk melihatNya?

Mencabar bukan?

Sedarkah kalian, yang sebenar-benarnya adalah, cinta kepada Allah adalah cinta yang paling MENCABAR?

Allahu Allah. 

Ramai yang tak sedar akan hakikat ini. Sedih. :(

Ramai yang hanya mampu percaya dengan apa yang dapat dilihat, dengan apa yang tersurat. Yang tak dapat dilihat dengan mata kasar? 

Itulah manusia. Manusia yang leka, tidak mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal. Allah.... :'(

Kalau ramai manusia menangis mengeluarkan airmata kerana melihat betapa hebatnya cinta Song Ju dan Jung Suh tu, saya pula melihat pada perspektif yang berbeza.

Saya menangis mengeluarkan airmata dengan segala rasa di hati saya kerana betapa saya sedar bahawa Cinta pada Allah itu sungguh menguji jiwa. Betapa beratnya rasa rindu mahu berjumpa denganNya.

Dan untuk berjumpa denganNya, hanyalah setelah kita melalui suatu fasa yang dianggap fasa kesedihan bagi manusia yang mahu terus tinggal di dunia,

yakni itulah,

"Fasa Kematian".

Mahu berjumpa Allah? Maka beranilah untuk mati! 

:')

Fahamkah kalian dengan apa yang telah saya sampaikan? Allah..
Moga Allah beri kamu semua kefahaman. InshaAllah.. :)

Sebar Bahagia! ♥

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!