Sunday, August 12, 2012

Nukilan: Pilihan


Menuduh takdir yang menentukan,
Menuduh takdir yang merubah,
Menuduh takdir yang bersalah,
Menuduh semua itu yang sepatutnya bertanggungjawab,
atas semuanya!

Menuduh hidup melarat kerana takdir,
Menuduh hidup tersepit kerana takdir,
Menuduh hidup suram kerana takdir,
Menuduh hidup tersisih kerana takdir,
Menuduh hidup tersesat kerana takdir.

Sedang semua tuduhan dilemparkan,
ada hati yang tidur dan tak menyedari.

Hidup melarat dibiar tanpa kerja bersungguh, 
Hidup tersepit dibiar tanpa doa bersungguh,
Hidup suram dibiar tanpa mencari cahaya,
Hidup tersisih dibiar tanpa mendamba kasih,
Hidup tersesat dibiar tanpa cuba meniti jalan pulang.

Menuduh kerana membiar,
terus membiar kerana gemar menuduh!

Sampai bila-bila akan terus tenggelam,
dengan bermacam pertuduhan!

Duhai hati yang lupa,
berhentilah menuduh!
Sedarlah hakikat 'pembiaran'mu itu,
sedang menjauhkan dirimu,
dengan Tuhanmu!

Hidup ini bukan diserahkan dengan 'pembiaran' takdir,
tapi 'pemilihan' takdir!

Hidup ini pilihan!
Ya. Hidup ini pilihan.

Sedarlah hati yang mahu dekat dengan Tuhan,
kamu berhak untuk 'memilih' takdirmu,
kamu mampu melukis 'jalan takdirmu'.

Kamu pilih,
mahu melukis yang bagaimana,
yang indah penuh warna-warni,
atau,
yang suram dengan cuma hitam dan putih?

Pilihlah!
Pilihan itu terletak pada,
Kesungguhan doamu,
Kesungguhan rinithanmu,
Kesungguhan pengharapanmu,
Kesungguhan usahamu,
Kesungguhan pencarianmu,
Kesungguhan redhamu,
Kesungguhan syukurmu,
Kesungguhan sabarmu,
Kesungguhan tawakkalmu.

Pilihan-pilihan itu membahagiakan.
Pilihlah dengan bijak!


Hasil Nukilan,
Hamba Ilahi.
Nur Solehah.
Rabu, 28. Disember. 2011.

Nota hati: Laju jemariku menulis tiap butir bicara yang meluncur laju dari hati. Tatkala minda sedang sarat dengan ilmu Technoentrepreneurship. MashaAllah.

Ilmu Allah. Hebatnya Allah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!