Sunday, August 12, 2012

Kisah: Saya dan Makcik Peneka


Suatu hari saya ke kedai kain.
Makcik si penjual kedai kain itu menegur saya.

MakCik: Orang mana?

Saya: Orang Sabah MakCik.

MakCik: Ooh. Belajar lagi ke?

Saya: Dah habis belajar.

MakCik: Oh. Kerja? Doktor ke?

Saya: Belum. Bukan Makcik, saya bukan Doktor.

MakCik: Ye ke? Nampak macam Doktor.

Saya: Hehe. Macamana pulak makcik boleh teka saya ni Doktor?

MakCik: Hehe. Makcik tengok anak ni ada rupa Doktor. Haa, kalau 
tak doktor, mesti kerja kat hospital kan?

Saya: Hehe. Ye Makcik. Saya Fisioterapis.

Makcik: Haa. Kan Makcik dah cakap. 

Saya: Hehe. Betul Makcik.. MakCik hebat.

Saya senyum.
Dan MakCik penjual kain itu tersenyum bangga. :)

Pandai Makcik tu. Orang berpengalaman katakan, sekilas ikan di laut, tahu jantan betina. :)

~Eh betul ke peribahasa saya tu? :)

Ya. Pekerjaan kita, orang mana, dari mana, mungkin manusia boleh meneka.

Itu mungkin mudah. Mudah.

Tapi iman kita? 

Siapa mampu teka?

Hanya Allah yang tahu kan? Hanya Allah yang layak nilai. 
Kita manusia?

Hanya tahu apa yang terzahir. Hanya tahu apa yang ditunjuk. Yang disembunyi? 

Siapalah kita yang terbatas ilmunya untuk mengetahui.

Hmm. Fikir-fikirkan. 

Ingat, jangan sibuk menilai iman orang lain, tapi perhitungkanlah turun naik iman kita sendiri. Kerana hanya kita yang mengetahui diri kita sendiri. :)

Sebar Bahagia! :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana Sebar Bahagia. Teruskan Memberi!